Petua Mudah Untuk Halau Tikus & Cencurut Di Rumah

Share

Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.

Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.

Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.

Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.

Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Sudah 3 Bulan Tak Bayar Sewa Rumah, Penyewa Hujah Agama Dengan Tuan Rumah

 

 

Published by
Nazar Rafiqhi