Bawang dan kentang, disimpan di dalam peti sejuk bukan lah cara terbaik untuk memastikan ia tahan lebih lama. Untuk pastikan bawang dan kentang tahan lebih lama, ia perlu disimpan di dalam suhu bilik. Namun, disebabkan kentang mempunyai harga yang rendah, ramai membeli secara berlebihan dan akhirnya tidak boleh digunakan lagi
Kebiasaannya, kentang tidak rosak seperti buah yang mula membusuk. Tapi, kadar kelembapan di dalam kentang akan mula merosot jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Hal ini menyebabkan permukaan kentang menggerutu atau berkedut dan teksturnya sedikit lembik. Nak pastikan kentang yang disimpan tahan lebih lama sebenarnya ada cara.
1) Simpan dalam bakul bertapis
Lapik bakul atau tapis yang digunakan untuk menyimpan kentang dengan kertas surat khabar. Perlu ingat, kentang harus disimpan di dalam tempat yang kering. Jadi penggunaan tapis dapat memastikan pengudaraan masuk ke dalam bakul dan secara tidak langsung mengeringkan persekitaran ruang simpanan
2) Bersihkan kulit kentang
Bersihkan kentang dari sebarang kotoran yang menempel sebelum di simpan. Tak perlu menggunakan air, cukup sekadar berus lembut untuk menyingkirkan tanah yang masih tersisa pada kentang
3) Simpan dalam ruang gelap
Kentang lebih cepat rosak apabila terdedah kepada cahaya mata hari. jadi, sebaiknya simpan di dalam kabinet
4) Selalu periksa keadaan kentang
Walaupun anda dah ikut cara simpanan dari 1 hingga 4, sekali sekala ia perlu juga diperiksa. Jika terdapat yang sudah mula rosak, ia perlu dikeluarkan segera bagi mengelak ia merebak pada kentang lain