Se

Rakan mesra struktur kayu ni biasalah, Anai-anai. Walaupun anda menggunakan kayu atau papan terawat dan telah diberi kesaman pelindung anti perosak, bila sampai usianya, pasti anai-anai akan singgah. Namun, Atama Aaeman ada petua lama yang dipelajari dari bapanya untuk merawat kayu dari serangan sebarang perosak dan tahan lebih lama.

Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.

Petua Orang Dulu-Dulu, Rawat Kayu Guna Ubat Gegat Untuk Elak Serangga PerosakTeknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.


Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.


Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.

Ads

Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.

Ads

Petua Orang Dulu-Dulu, Rawat Kayu Guna Ubat Gegat Untuk Elak Serangga PerosakGambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.

Ads

Petua Orang Dulu-Dulu, Rawat Kayu Guna Ubat Gegat Untuk Elak Serangga PerosakSelepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.

Petua Orang Dulu-Dulu, Rawat Kayu Guna Ubat Gegat Untuk Elak Serangga PerosakContoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI