Pokok Janda Kaya atau nama saintifiknya Mussaenda Pubescens antara tanaman hiasan yang kebiasanya melatari landskap kediaman dahulu kala yang semakin dilupakan. Tapi, kenapa orang dulu-dulu tanam pokok ni dilaman ye?
Orang dulu-dulu tanam pokok di laman bukan sebab nak cantik je. Tapi ada manfaat kesihatan yang lain juga. Tambahan, pokok janda kaya ni tahan lasak dan tak perlu penjagaan yang rapi pun.
Baca juga: Ramai Tak Tahu Akar Pokok Lemba Boleh Merawat Bisa
Tanaman dari jenis pokok medium yang boleh mencecah ketinggian 3 meter ni rupanya tinggi khasiat. Qaseh Humayraa berkongsi khasiat dan manfaat pokok janda kaya yang ramai tak tahu.
ni Pokok adalah sejenis pokok hiasan yang mempunyai banyak cabang, boleh mencapai ketinggian 4 meter dan berbunga sepanjang tahun. Daunnya berwarna hijau lembut dan mempunyai permukaan berbulu halus seperti baldu. Terdapat 2 jenis Pokok Janda Kaya yang biasa dijumpai iaitu bunga pink atau bunga Putih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memartabatkan Kesenian Warisan Malaysia, Temple Tree Resort Bina Semula 8 Buah Rumah Lama Dari Serata Tanah Air
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan telah mula dibina di Pantai Cenang, Pulau Langkawi sekitar pada tahun 2008.
Bukan sekadar seperti tempat penginapan biasa yang lain, Temple Tree Resort ini sememangnya sangat unik dan berbeza berbanding dengan hotel-hotel penginapan lain yang ada di Pulau Langkawi.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort ini telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kemudian, proses pembinaan kesemua rumah tradisi lama ini diteruskan dengan pemasangan semula di kawasan peranginan Pantai Cenang, Pulau Langkawi tanpa mengubah keaslian identiti rumah tradisi lama tersebut.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat setiap rumah yang ada di Temple Tree Resort.
IPOH HOUSE
Rumah tradisi pertama adalah merupakan ‘Ipoh House’ yang berada di pintu masuk utama Temple Tree Resort ini telah dijadikan sebagai kaunter ‘reception’ serta restoran buat tempat penginapan berkenaan.
JOHOR HOUSE
Rumah tradisi lama kedua pula adalah merupakan Johor House yang mempunyai sejarah pembinaan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemilik asal kepada rumah ini adalah berbangsa cina, maka oleh itu dari segi struktur dan reka bentuk kediaman ini terdapat elemen budaya
COLONIAL HOUSE
Untuk Colonial House pula, difahamkan mula dibina sekitar tahun era tahun 1900 dan didatangkan khas dari George Town, Pulau Pinang. Struktur reka bentuk dan dekorasi hiasan dalaman pada Colonial House ini terdapat kombinasi elemen sentuhan daripada budaya Peranakan dan Eropah.
ESTATE HOUSE
Estate House antara rumah yang unik dan berbeza daripada yang lain. Ini kerana, Estate House adalah merupakan jenis bangunan berbentuk satu tingkat yang mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Keistimewaan Estate House, setiap rumah memiliki ruang laman privasi di belakang rumah. Menarik bukan?
PLANTATION HOUSE
Plantation House, merupakan sebuah banglo lama dengan sentuhan dekorasi hiasan dalaman bertemakan budaya kemelayuan. Terdapat beberapa sentuhan seni ukiran Melayu ada pada kayu bangunan membuat rumah tradisi lama ini tempak lebih klasik dan mewah.
PENANG HOUSE
Seni bina reka bentuk bangunan daripada Penang House ini juga unik berbanding rumah tradisi lama yang lain. Ia juga didatangkan khas daripada Pulau Pinang dan diterapkan dengan elemen Melayu, Cina dan India pada seni bina bangunan.
NEGERI SEMBILAN HOUSE
Bagi rumah tradisi lama ini sudah semestinya didatangkan khas daripada Negeri Sembilan. Jika kita lihat pada struktur reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisi lama ini, sudah terang lagi bersuluh pemilik asal kepada kediaman ini adalah berbangsa Melayu. Lihat sahaja lah daripada luaran, rumah tradisi lama ini sememangnya unik
STRAITS HOUSE
Istimewa Straits House berbanding rumah tradisi lama yang lain, ia merupakan sebuah kediaman warisan yang mewah kerana memiliki kolam renang khas persendirian. Selain itu, untuk hiasan dalaman rumah tradisi lama ini telah direka dengan pemilihan perabot yang lebih moden bagi memberikan kepuasan yang terbaik kepada para pengunjung yang menginap di Temple Tree Resort.
KOLAM RENANG
Tidak lengkap rasanya jika tempat penginapan tanpa kolam renang, betul tak? Untuk pengetahuan anda, selain keunikan rumah tradisi lama di kawasan penginapan sudah semestinya Temple Tree Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik untuk kegunaan para pengunjung.
Lihat sahaja lah pada foto yang tertera, ternyata kolam renang di Temple Tree Resort ini tampak sangat cantik dengan dihiasi pemandangan awan biru yang menenangkan.
Jadi, tidak dapat disangkalkan lagi, Temple Tree Resort ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dengan keunikannya yang tersendiri.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah 3 Bulan Tak Bayar Sewa Rumah, Penyewa Hujah Agama Dengan Tuan Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Rumah Nampak Macam ‘Mood’ Hotel, Ambil Tahu 3 Warna Cahaya Ini
Bila pergi bercuti kita semua mesti ada satu perasaan tenang dan relax betul tak bila masuk dalam bilik hotel. Adakah itu satu pukauan. Ya! ia adalah pukauan nyata dan jelas untuk semua yang berada di dalam hotel. Perasaan ini kita mampu lakukan dan hasilkan pukauan itu di dalam kediaman sendiri. Tak perlu tunggu pergi hotel baru nak terpukau. Pukau la ahli keluarga anda untuk lebih massa dirumah berbanding di luar.
IMPIANA nak kongsikan dengan anda pukauan apakah yang digunakan. Nak tahu tak? Tolong like n share artikel ni kalau anda rasa ia patut dikongsikan bersama rakan-rakan dan sahabat handai anda.
Ramai yang tak tahu sebenarnya kuasa lampu cukup besar dalam memberi impak naikkan seri ruang dalam rumah. Kalau kita jalan malam-malam lihat kediaman orang kita akan kata ‘eh cantiknya rumah orang ni’ betul tak? Sebab apa dia nampak cantik dan mewah sebab pemilik rumah tu bijak memilih warna lampu yang sesuai untuk rumahnya agar nampak lebih elegan.
Lampu terbahagi kepada tiga jenis warna cahaya iaitu warm white, natural white dan cool white.
Warm White
- Memberikan suasana nyaman mewah dan tenang
- Sesuai digunakan pada lampu gantung, lampu dinding dan lampu meja
- Sering digunakan pada restoran,cafe dan rumah.
Natural White
- memberikan suasana yang lebih terang dan bersemangat
- sesuai digunakan untuk ruang kerja dan dapur
- Tempat yang sesuai digunakan warna cahaya lampu ini seperti dibawah tanah, stor dan dapur.
Cool White
- Memberi impak yang lebih menyerlah dan lebih jelas
- Sesuai digunakan untuk lampu kerja, lampu pameran dan garaj
- Warna cahaya ini sesuai untuk ruang pejabat dan sekitar pameran.
Pasti ramai yang sinonim dengan jenama Philips apabila menyebut mentol lampu bukan. Kini, jenama Signify (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju industri lampu, melancarkan ECOLINK, yang merupakan jenama terkini dalam penyelesaian pencahayaan, berkolaborasi dengan VoltSafe Technology bagi menahan sebarang perubahan voltan yang mendadak. ECOLINK turut membekalkan keperluan rumah dengan produk tahan lama, selamat, mampu milik serta memiliki tenaga yang cekap.
“Portfolio ECOLINK diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui penjimatan tenaga berteknologi maju bagi keperluan pelanggan Malaysia yang mementingkan tahap kualiti yang optimum. Pencahayaan adalah keperluan asas dalam kehidupan harian, ECOLINK turut mensasarkan untuk memberi faedah kepada jutaan rakyat Malaysia melalui produk cekap tenaga yang berpatutan dan mampan untuk alam sekitar,” ujar Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.
Diperbuat oleh syarikat Signify, sebuah syarikat pencahayaan global yang dipercayai, ECOLINK menawarkan pelbagai produk pencahayaan berkualiti dan cekap tenaga yang diperakui oleh SIRIM dengan akreditasi yang setara.
“Untuk menjadikan rangkaian produk baharu ini diakses dengan mudah oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia, syarikat Signify telah bekerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar Malaysia kami untuk ECOLINK. Akses rangkaian pengedaran saluran di seluruh negara oleh syarikat KVC, termasuk dalam dan luar talian, sekaligus membolehkan ECOLINK disediakan kepada semua pelanggan di seluruh negara,” tambah Sukanto.
Portfolio ECOLINK menampilkan pelbagai pilihan produk, daripada mentol LED dan lampu bawah ke lampu ruang tinggi dan batten kalis air yang memenuhi semua jenis aplikasi dalaman dan luaran.
Segala produk ECOLINK mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
● Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kv dengan perlindungan tegangan dengan lebar 160-360v.
● Direka supaya mengurangkan ketegangan mata tanpa kerlipan dan UV dan IR yang boleh diabaikan.
● Ketenangan fikiran dengan waranti selama 2 Tahun.
● Diperakui oleh SIRIM bagi memastikan prestasi dan pematuhan keselamatan
“Sebagai sebuah syarikat neutral karbon 100%, kami ingin menggandakan kesan positif kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Produk ECOLINK dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga di rumah mahupun kegunaan komersial,” kata Sukanto. “Dalam jangka masa yang panjang produk ini sekaligus dapat mengurangkan sisa pepejal.”
Untuk maklumat lanjut, butiran produk dan spesifikasi, sila layari https://ECOLINK-led.com/my/.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Impiana Makeover Ruang Selebriti Saksikan Transformasi Kediaman Shiha Zikir, Warna Hitam Sebagai Pilihan Eksklusif!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelantun lagu berjudul Irama, Nurshiha Mohd Zikir atau lebih popular dengan nama panggilan Shiha Zikir ini. Untuk episod kesembilan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan penyanyi jelita itu menjadi selebriti jemputan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kesembilan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan transformasi makeover di kediaman milik Shiha Zikir.
Selebriti berusia 35 tahun itu telah memilih ruang tamu dan makan di kondominium miliknya itu sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus, Shiha ada menzahirkan hasrat dan impiannya untuk memiliki dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan warna hitam dan emas.
Dengan saiz keluasan ruang dalaman rumah yang terhad, transformasi dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman Shiha, telah menyaksikan perabot sofa jenis ‘3 seater’, dan sepasang ‘wing chair’ sedondon rona hitam dijadikan sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti ‘bench’ juga telah digunakan.
Selepas makeover dekorasi siap sepenuhnya dan dipersembahkan buat kali pertama, Shiha yang ditemani Catriona Ross dan Ben Firdaus menzahirkan rasa kagum dan terharu sehingga menitiskan air mata setelah melihat hasil makeover yang dilakukan.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Shiha Zikir? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI