Kolam, tak kiralah kolam pancuran, kolam ikan atau sebagainya masalah utama yang sering dihadapi oleh pemilik adalah kualiti airnya. Sebab itu, sistem pum adalah fokus utama dalam pembinaan sesebuah kolam. Sistem pum pulak, harganya boleh tahan juga. Sebab itu ada yang kata untuk memiliki sebiji kolam sesuatu yang rumit. Bukan sekadar kosnya malah tuntutan masa untuk menyelenggara. Tapi ada satu bahan rahsia yang ramai tak tahu. Ia amat membantu sistem kolam anda. Bahan yang dimaksudkan adalah Photosynthetic Bacteria (P.S.B.):

Ciri ciri dari Photosynthetic Bacteria (P.S.B.): 
• P.S.B. digunakan untuk mengekalkan kualiti air dan kualiti tanah dalam kolam, di bawah matahari PSB akan menjalani proses fotosintesis untuk berkembang. bertumbuh.
• P.S.B. tidak berbahaya untuk haiwan akuatik dan memerlukan oksigen yang sangat sedikit.Oleh itu, PSB tidak akan sebabkan oksigen dalam kolam tidak cukup.
• Memiliki kapasiti untuk jernihkan air, sebab itu ia dinamakan pembersih kolam. Bakteria ini memiliki keupayaan untuk mengadaptasi dengan persekitaran kolam yang sangat kuat dalam persekitaran yang cukup teruk seperti persekitaran air yang mengandungi sebatian organik yang tinggi dan juga ketahanan yang kuat terhadap Phenol dan Cyanide.“Photosynthetic Bacteria” Boleh Jernihkan Air Secara Organik Tanpa Guna Pum Mahal?

Fungsi:

Ads
  1. Mengandungi bakteria aktif khas yang boleh mengurai bahan-bahan toksik seperti hidrogen sulfida, asid nitrus, ammonia, dan enapcemar untuk meningkatkan kualiti air di dalam kolam.
  2. Jika air hujan mengandungi asid masam, kolam mudah dicemari oleh hujan asid. P.S.B. boleh memjernihkan dan membersihkan kualiti air dan meningkatkan kapasiti oksigen dalam air
  3. Meningkatkan daya tahan penyakit terhadap hidupan akuatik. Secara tidak langsung, ia mampu mengurangkan penggunaan antibiotic dan bahan kimia berbahaya terhadap persekitaran
  4. Mneghalang pembiakkan pathogen perosak hidupan akuatik
  5. Kaya dengan protein tinggi, vitamin B dan sebagainya
  6. Campurkan dengan dedak ikan, untuk mempertingkatkan kualiti makanan
  7. Juga mengandungi sejumlah besar karotena dan vitamin A dan D, P.S.B. juga boleh meningkatkan warna badan ikan dan udang menjadi lebih baik.
  8. Membentuk persikataran yang baik untuk mempertingkatkan selera makan dan sistem penghadaman hidupan akuatik seperti ikan dan udang

“Photosynthetic Bacteria” Boleh Jernihkan Air Secara Organik Tanpa Guna Pum Mahal?

Ads

nak tahu cara haslikan sendiri Photosynthetic Bacteria (P.S.B.) dengan hanya menggunakan 2 bahan mudah, boleh baca artikel ini: Resepi Thailand Hasilkan Photosynthesis Bacteria Untuk Suburkan Tanaman dan Jernihkan Air Kolam

Ads

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI