Kolam, tak kiralah kolam pancuran, kolam ikan atau sebagainya masalah utama yang sering dihadapi oleh pemilik adalah kualiti airnya. Sebab itu, sistem pum adalah fokus utama dalam pembinaan sesebuah kolam. Sistem pum pulak, harganya boleh tahan juga. Sebab itu ada yang kata untuk memiliki sebiji kolam sesuatu yang rumit. Bukan sekadar kosnya malah tuntutan masa untuk menyelenggara. Tapi ada satu bahan rahsia yang ramai tak tahu. Ia amat membantu sistem kolam anda. Bahan yang dimaksudkan adalah Photosynthetic Bacteria (P.S.B.):
Ciri ciri dari Photosynthetic Bacteria (P.S.B.):
• P.S.B. digunakan untuk mengekalkan kualiti air dan kualiti tanah dalam kolam, di bawah matahari PSB akan menjalani proses fotosintesis untuk berkembang. bertumbuh.
• P.S.B. tidak berbahaya untuk haiwan akuatik dan memerlukan oksigen yang sangat sedikit.Oleh itu, PSB tidak akan sebabkan oksigen dalam kolam tidak cukup.
• Memiliki kapasiti untuk jernihkan air, sebab itu ia dinamakan pembersih kolam. Bakteria ini memiliki keupayaan untuk mengadaptasi dengan persekitaran kolam yang sangat kuat dalam persekitaran yang cukup teruk seperti persekitaran air yang mengandungi sebatian organik yang tinggi dan juga ketahanan yang kuat terhadap Phenol
Fungsi:
nak tahu cara haslikan sendiri Photosynthetic Bacteria (P.S.B.) dengan hanya menggunakan 2 bahan mudah, boleh baca artikel ini: Resepi Thailand Hasilkan Photosynthesis Bacteria Untuk Suburkan Tanaman dan Jernihkan Air Kolam