Perabot untuk ruang tamu, jangan sampai nampak serabut dan susah nak kemas. Ruang tamu adalah ruang yang sangat penting di dalam sesebuah kediaman. Di ruangan inilah yang akan kita lalu dahulu apabila masuk ke dalam rumah.
Ruang tamu biasanya digunakan untuk bersantai dengan keluarga, menonton televisyen, dan sebagainya. Tentulah keselesaan itu amat penting untuk seisi keluarga. Sebagai ruang yang paling penting di dalam rumah kita, lebih-lebih lagi apabila menerima kehadiran tetamu, pastinya kita mahu tetamu berasa selesa.
Selalunya bahagian ruang tamu, hiasan lebih minimalis supaya suasananya lebih tenang dan sejuk mata memandang. Tidaklah nampak serabut. Bila henfdak mengemas pun jadi susah.
Sebelum pergi ke kedai perabot, ada beberapa tip dan panduan untuk anda memilih jenis-jenis barang yang akan diletakkan di ruang tamu anda. Amat penting untuk tuan rumah merancang hiasan ruang tamu yang menarik.
Berikut beberapa jenis perabot untuk ruang tamu anda:
SOFA ATAU KERUSI
Sofa atau kerusi adalah salah satu perabotan utama yang ditempatkan di ruang tamu. Kebiasaanya digunakan untuk duduk dan bersantai.
RAK BUKU
Jika anda memiliki banyak buku atau ingin menampilkan baran-barang dekorasi, rak buku boleh menjadi hiasan tambahan yang bagus untuk ruang tamu anda.
KARPET ATAU PERMAIDANI
Karpet atau permaidani dapat menambahkan sentuhan dekorasi di ruang tamu. Anda juga dapat membantu menyerap kebisingan dan memberikan insulasi tambahan.
Ada di kalangan anda yang sememangnya pencinta dengan taman tema air dan gemar melakukan aktiviti lasak serta menyeronokan? Ini satu khabar gembiira buat anda semua!
Sebuah taman tema air terbaru, SplashMania di bawah kendalian dan projek pembangunan oleh Gamuda Land bakal dibuka dan beroperasi secara rasmi pada 6 Februari ini.
Dengan saiz keluasan tanah yang telah dibangunkan, anda boleh merasai pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ di taman tema air SplashMania! Sangat menakjubkan!
Apa yang telah menarik perhatian IMPIANA, taman tema air SplashMania ini dibina dan dibangunkan dengan kawasan persekitaran lebih daripada 70% tumbuhan pokok semula jadi. Dengan ini, sudah pasti taman tema air ini akan mempunyai persekitaran yang segar serta menenangkan.
Bukan itu sahaja, taman tema air SplashMania bakal menyediakan sebanyak 24 gelongsor air mengagumkan dan mempunyai lebih 15 tarikan utama yang menarik kepada para pengunjung. Sudah pasti, para pengunjung yang bakal datang di taman tema air SplashMania akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Jadi, tunggu apa lagi? Mesti ramai yang sudah tidak sabar dan berasa amat teruja dengan pembukaan taman tema air SplashMania yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Bersempena promosi pembukaan, harga tiket dijual dengan harga RM79 untuk dewasa manakala bagi warga emas dan kanak-kanak pula RM63 sahaja, bermula sekarang sehingga 31 Mac depan.
Untuk lebih info dan maklumat lanjut, sila layari di laman sesawang rasmi SplashMania.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Menerusi episod kedua rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Meski idea dan konsep yang diketengahkan adalah seperti sedemikian, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Jangan Nakal itu telah membuat satu langkah kelainan telah memutuskan untuk menghadiakan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya, Adina Abu Bakar.
Jelasnya, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Adina atau lebih mesra disapa Dina setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama beberapa tahun.
Dalam episod kali ini, Dina telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Selain itu, Dina juga turut menyuarakan pandangan serta kemahuannya untuk perubahan dekorasi dalaman di ruang tersebut. Dalam pada itu, Dina memberitahu bahawa dia tidak mahu meletakan atau memilih sebarang konsep dekorasi di kediamannya tetapi warna kelabu telah dipilih sebagai tema warna pilihan utama.
Di samping itu, Alif bersama Dina telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua pakar pereka hiasan dalaman dari Ella Furniture yang terlibat dalam usaha memberikan hasil dekorasi makeover yang terbaik.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa berbentuk-L sebagai pilihan oleh kerana saiz keluasan ruang tamu yang sangat terhad.
Tambahnya lagi, untuk pemilihan material sofa pula Puan Ella menyarankan jenis material yang mudah dicuci sebagai pilihan bagi set sofa di kediaman Dina. Jelasnya, pemilihan material ini sangat sesuai buat Dina yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil di rumah.
Ini kerana, material ini mempunyai kelebihan fungsi anti-calar serta jenis fabrik yang mudah untuk membersihkan kesan kekotoran.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Alif Satar? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Di mana sahaja ruang kediaman sememangnya mudah dijilat api sekiranya penghuni tidak mengambil berat tahap keselamatan. Berada berjauhan dari kediaman menyebabkan anda terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih termasuklah memastikan kediaman anda bebas daripada sebarang anasir yang membolehkan berlakunya kebakaran. Berikut adalah beberapa tip bagi mengelakkan kebakaran.
MEMASAK
Jika anda menggunakan dapur, pastikan ia bersih dan tidak bersepah.
Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan palam pencucuh elektrik.
Jangan biarkan akiviti memasak tanpa pengawasan. Jika api bermula daripada ketuhar gelombang micro, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. Jangan pindahkan bekas yang terbakar daripada ketuhar mikro gelombang.
MEROKOK
Jika anda merokok, pergi ke balkoni. Tetapi jangan pula anda membuang puntung rokok ke bawah.
Gunakan bekas abu rokok yang besar dan berat. pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
Jangan sesekali merokok sambil berbaring di atas katil atau sofa.
Adalah berbahaya jika anda merokok dalam keadaan mabuk atau khayal setelah mengambil ubat-ubatan.
LILIN
Pastikan nyalaan lilin diawasi.
Jarakkan kedudukan lilin daripada dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar.
Gunakan pemegang lilin yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sehingga ke hujungnya.
Elakkan titisan lilin menitis pada bahan mudah terbakar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.