Bagaimana agaknya persiapan lebaran anda? Kita pasti akan menghabiskan cuti selama seminggu di desa dan kemudian merancang untuk persiapan rumah terbuka. Sebagaimana yang telah kita bincangkan, kini lebih menarik kita mengadakan rumah terbuka bersama tema yang boleh diikut serta oleh para tetamu. Bagi pilihan kedua adalah tema Warna-warna Aidilfitri. Warna – warna ceria dan terang menjadi pesona terindah bagi meraikan tetamu anda. Ayuh kita bermandikan warna.p
PADANAN WARNA KONTRA SEMEMANGNYA SESUAI BAGI MENADAPATKAN KEMERIAHAN WARNA-WARNA GEMILANG DI HARI RAYA. JANGAN RISAU IA SEKADAR TEMA RUMAH TERBUKA ANDA SAHAJA. JADI KENA BERANI BERMAIN DENGAN WARNA.
PADANAN KONTRA DALAM TEMA PASTEL JUGA MAMPU MENYUNTIK KEINDAHAN YANG TERSENDIRI.
Perhatian kita sudah pasti pada persiapan hiasan ruang kediaman agar nampak istimewa daripada hari-hari biasa. Anda sebenarnya boleh memilih kelengkapan asas hidangan seperti tisu kertas, gelas, mangkuk kertas dan pinggan kertas berwarna-warni. Malah ia sebenarnya memudahkan tetamu mengenal pasti gelas mereka jika diletakkan pada satu tempat. Sekilas pandang ia macam majlis hari jadi tetapi kenapa tidak kerana suadah pasti hari baik , bulan baik ini kanak-kanaklah yang paling gembira meraikan bersama-sama adik beradik mereka.
Bukan itu sahaja, tidak salah anda menyediakan kuih muih juga berwarna warni sebagai menghidupkan tema ini. Bukan sahaja menarik perhatian malah memberikan kelainan dan perincian anda terhadap perka-perkara seumpama ini. Jangan lupa juga memasang lampu kelip-keip beraneka warna bagi emnyemarakkan kediaman anda. Warna-warna ceria di Aidilfitri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI