Semua tahu yang dapur adalah nadi sebuah rumah, tanpa dapur berlapar la kita. kalu pindah rumah baru pastinya dapurlah yang akan di perhiaskan dengan cantik dan lengkap. Kabinet pasang siap pastinya menjadi perkara utama diruang dapur. Tidak lengkap tanpa binaan kabinet dapur yang cantik, jangan fikir cantik sahaja ya, kualiti pun kena jaga juga sebab ruang dapur kita akan gunakan dengan lebih kerap dan agak lasak jika memalakukan kerja-kerja memasak. Kualiti dapur juga perlu diambil kira agar ia nampak cantik dan tahan lama.
Kali ini, IMPIANA nak kongsikan satu jenama kemasan kabinet dapur iaitu Cosentino. Cosentino melancarkan koleksi terbaru mereka, Silestone Loft yang mempunyai ciri lebih tahan lasak serta kalis kotoran dan asid selain tahan kejutan dan lelasan. Ia menjadikannya sebagai produk yang mempunyai ketahanan dan jangka hayat luar biasa serta mudah dijaga oleh setiap pengguna seraya menghapuskan kerisauan pengguna akan ketahanan produk tersebut. Siri Silestone Loft ini mewakili lima ciri di lima lokasi kejiranan ikonik yang mempunyai latar belakang sejarah serta nilai estetik di beberapa jalan, bangunan serta penggunaan perabot urban dan hiasan dalaman tersendiri:
Silestone Camden diinspirasikan daripada salah satu kawasan kejiranan paling berpengaruh di London. Warna kelabu simen bersifat serba boleh dan mudah disesuaikan dengan apa saja hiasan yang ingin digunakan.
Ads
Silestone Poblenou diinspirasikan daripada lokasi yang menjadi pusat revolusi industri di Barcelona. Bayangan warna kelabu lembut di bahagian permukaan dan latar belakang perang muda mampu membangkitkan tona cerah serta memberi keselesaan di ruang berkenaan.
Ads
Silestone Seaport mengingatkan kita mengenai sebuah daerah kecil di tepi laut yang terletak di tenggara Manhattan. Silestone Seaport mempunyai ciri yang hampir sama dengan tona gelap dan simen pudar namun adunan bayangan warna putih amat sesuai dengan latar belakangnya.
Ads
Silestone Nolita adalah sebuah lagi rekaan yang mendapat ilham dari New York. Menerusi konsep industri dan dingin, Nolita diadun menggunakan warna putih dan kelabu lembut sekaligus menjadikannya kelihatan elegan serta tidak mempunyai kontras warna yang kuat.
Silestone Corktown pula diinspirasikan daripada cahaya dan bayangan di kawasan kejiranan di Detroit. Latar belakangnya yang gelap diadun dengan sempurna sekali dengan sentuhan warna perang dan kemasannya. Salah satu daripada ciri-ciri penting Silestone Loft ialah buat kali pertamanya ia direka secara inovatif dan secara eksklusifnya menggunakan teknologi HybriQ+. Teknologi ini adalah hasil daripada penggunaan semula kaca kitar semula yang digunakan dalam pengeluaran Silestone Loft tanpa mengabaikan kualiti Silestone termasuk tempoh waranti selama 25 tahun. Selain itu, proses pengeluaran produk Cosentino dilakukan dengan menggunakan 98 peratus air kitar semula dan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui. Pengenalan mineral baru dan bahan kitar semula membolehkan Cosentino menghasilkan rekaan dengan sentuhan terbaru dalam kemasan Silestone dan akan diperkenalkan dengan lebih progresif lagi menerusi warna Silestone dengan teknologi HybriQ+ pada masa akan datang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak masak ikan, ayam mahupun daging yang telah dibekukan, esti anda perlu letak bahan tersebut pada suhu bilik untuk tempoh 1 jam dan mungkin lebih. Tapi, macam mana pula kalau anda lupa nak keluarkan? Kebiasaannya, mak-mak akan merendam bahan sejuk beku tersebut di dalam air atau menggunakan microwave. Tahu tak, ia akan menjejaskan tekstur dan kandungan khasiat yang terdapat di dalam makanan.
Ada dua cara yang paling mudah dan cepat sebenarnya untuk defrost makanan sejuk beku seperti ikan, ayam dan daging. Hanya 5-15 minit sahaja masa yang diperlukan.
GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terlangkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu menurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perkongsian dapur kuarters tentera daripada pemilik rumah Puan Suhaila Dali ini cukup menarik perhatian. Bagi beliau tiada istilah tidak boleh mengemas dalam apa jua ruang. Jika dilihat ruang dapur yang terhad ini dilengkapi dengan teratur dan sistematik. Lihat sahaja sentuhan dan pilihan perkakas dan kemasan dapurnya yang cukup menarik. Langsung tidak kelihatan sempit dan sarat.
Masa mula masuk, hanya ada singki. Memandangkan kosong, maka mula lengkapkan sikit-sikit. Memilih tema ‘White and Wood’ & konsep ‘Open Pantry’ supaya praktikal dan nampak luas walau hakikatnya kecil sahaja. Terbaca Instagram Dr. Hani tadi, bila tersusun automatik akan nampak cantik di mata kita. Cantik itu subjektif jadi jangan stress kalau tak cantik di mata orang. Yang penting, praktikal dan mudah dibersihkan. Kebanyakan barang-barang utama dibeli di IKEA: Rak kayu: Hejne Kabinet dapur: Knoxhult, Rak putih: Lerberg Selebihnya, beli di Instagram & Shopee. Boleh je nak tanya beli dekat mana, tiada dekorasi mewah di sini.
Semoga memberi inspirasi buat yang tinggal di rumah pinjam seperti saya.
Perkongsiannya ini cukup memberi inspirasi untuk yang memiliki ruang dapur terhad dan sempit. Jika ada yang mula berminat dan bekenan di hati dengan kemasan pilihan Puan Suhaila Dali yang di beli atas talian ini. Boleh klik di link yang dikongsikan di bawah.
Bila masuk rumah baru pasti kita akan nampak ruang tamu, makan, dapur dan bilik sahaja untuk diubah suai bukan. Tapi kali ini lain sikit untuk tatapan anda yang dah lama duduk atau baru dapat kunci rumah.
Kadang kala ada pihak pemaju yang tidak memberi kemasan laminated floor untuk sesetengah rumah. Hanya jubin melengkapi lantai kediaman tersebut.
IMPIANA tertarik dengan pemilik Farina Syauqina ini membuat satu perubahan yang cukup menarik dalam kediaman beliau.
Projek Makeover Ruang Staircase
Saja nak kongsi dengan semua hasil projek kami laki bini iaitu Staircase Makeover.
Mostly beli barang dari Shopee je. Kos barang semua dalam RM500 dan tidak termasuk deko pokok dan sebagainya.
Kos keringat dan masa pulak tidak ternilai harga dia.
Alhamdulillah hasil dia rasa nak menangis bucu katil, tak pernah terbayang sebegini rupa.
Terima kasih untuk suami yang selalu support bini buat makeover rumah.
Ruang tangga ini nampak lebih berseri dengan pengunaan lantai vinyl. Dengan hanya perubahan kecil dalam kediaman ia mampu memberi impak yang cukup mengujakan.
Benarkan lantai mamar biasa yang di beri nafas baru ini mampu menghangatkan ruang dalam kediaman. Permaidani juga salah satu kemasan yang mampu menaikkan seri dalam rumah anda. Tetapi kali ini pemilihan vinyl untuk kemasan anak tangga cukup menarik perhatian jika anda perhatikan dengan baik.
Jadi kalau anda rasa bosan dengan anak tangga anda yang dah lama tu boleh la cuba cara ini. Terbaik bukan, modal pun tak la besar sangat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.