Dalam kesibukan urusan kerja harian, pemilik mahu menikmati keselesaan menghuni kediaman semaksimum mungkin. Limpahan pemandangan hijau di luar berganti pula dengan limpahan kemewahan nuansa champagne dan kuning keemasan di ruang kediaman. Pilihan skema warna utama ini tidak dapat lari dari dikaitkan dengan warna bertuah atau feng-shui pemilik kediaman.
Garapan baik bertunjangkan nostalgia silam dan gaya hidup moden hari ini maka terhasil lah konsep kediaman Transitional Colonial atau Transisi Kolonial menurut pandangan pereka.
Keseluruhan skema ruang dalam kediaman ini tidak lari dari warna mewah kuning kekemasan dan champagne. Dua warna yang menggambarkan cita rasa mewah pemilik tetapi diluahkan dalam keadaan terkawal. Memang menggetarkan jiwa tatkala melihat kebijaksanaan pereka dan juga gabungan idea pemilik mengadunkan warna sokongan lain seperti biasan warna kuning jingga (amber), gangsa, tembaga dan putih berserta perincian warna-warna gelap yang mana semua ini mengizinkan setiap item yang dihias menyerlah dengan cara tersendiri.
Ads
Nostalgia Silam Inspirasi Sofistikated
Menurut pereka, konsep yang dibawakan ini adalah adunan era lama penuh nostalgia dan inspirasi gaya sofistikated semasa pada item dekorasi lain seperi perabot dan aksesori.
Ads
Ruang dalam kediaman yang agak luas membolehkan Francis melakukan eksplorasi idea dengan lebih mudah. Keterbatasan ruang bukan lah halangan yang perlu ditempuhi. Berpegang kepada sentimen era nostalgia silam, gambaran kemewahan dizahirkan di ruang tamu menerusi fabrik langsir sutera keemasan sehinggalah ke hamparan karpet parsi berwarna lembut. Menyempurnakan visual pula, beberapa perabot reka bentuk klasik seperti meja, kerusi tub dengan fabrik bermotif maze dan bangku lounge Cleopatra. Apa yang pasti , tetamu yang berada di sini akan berasa sangat selesa.
Ads
“Apa yang dapat kita lihat ini adalah juga gambaran personaliti pemilik yang suka mengembara ke serata dunia dan gemarkan gaya hidup mewah,” terang Francis
Ruang-ruang hebat
Menjelajah ke ruang yang lain, kediaman ini dilengkapi dengan lima buah bilik tidur dan setiap bilik pula mempunyai bilik air sebagai kemudahan terbaik buat penghuni mahu pun tetamu. Setiap bilik mendapat sentuhan eksklusif dan Francis berjaya mengangkat visual setiap bilik tidur ini dengan gaya bilik tidur hotel lima bintang! Pilihan perabot utama seperti katil bersaiz dempak di bilik tiudr utama begitu mengujakan. Apa tidaknya kepala katilnya sahaja direka tinggi menggunakan fabrik berspan padat yang turut menjadi titik fokal ruang ini. menambah keterujaan apabil bilik air utamanya cukup selesa dan dilatari cermin muka besar berbingkai emas. Rekaan mewah diteruskan kepada ruang mandi yang boleh memuatkan dua orang serta lengkap dengan tub mandian. Dengana garapan seperti ini, pemilik tidak lagi perlu untuk ke hotel semata-mata ingin menikmati lena yang selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengecat kediaman sudah pasti yang terpapar diminda keseluruhan dinding perlu di cat dengan rona yang sama. Apa kata anda cuba kretif dengan olahan cat pada sudut yang tertentu untuk dekorasi yang lebih menarik. Tambahan, kaedah ini berupaya menjadikan sesuatu sudut atau ruang yang diberi sentuhan berbeza lebih menonjol
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tempat tidur sememangnya tempat yang paling selesa untuk beristirehat. Akan tetapi, apabila meletakkan barang-barang di atas tempat tidur pasti membuatnya kelihatan tidak kemas. Malah apabila barang-barang yang tidak diperlukan berada di tempat tidur pasti membuatkan tempat tidur menjadi sempit.
Mengemas tempat tidur seharusnya dilakukan setiap hari. Seeloknya setelah bangun dari tidur kita harus membersihkan dan merapikan tempat tidur agar selalu nyaman apabila menggunanya. Bagi anda yang malas untuk mengemas tempat tidur, anda boleh mengikuti cara cepat dan mudah yang ingin dikongsikan ini.
Cara Harian Mengemas Tempat Tidur
Untuk memiliki tempat tidur yang selesa dan sentiasa bersih anda perlu mengikuti cara mudah ini.
1. Tepuk tempat tidur menggunakan penebah agar debu-debu adan kotoran yang berada di atas tempat tidur hilang.
2. Rapikan cadar yang membungkus tilam anda. Jika anda mempunyia cadar jenis getah pada setiap penjurunya, maka anda perlu tarik keempat penjuru supaya ia tegang dan kelihatan kemas. Jika cadar anda tidak mempunyai getah, anda perlu menghampar cadar anda kemudian tarik tegang dan lipat ia ke bawah tilam anda dengan kemas.
3. Ambil bantal dan guling, lalu tepuk dengan penebah untuk membersihkan debu.
4. Letakkan bantal anda mengikut susunan dan kedudukan yang betul pada katil anda.
5. Bentangkan selimut atau bed cover, lalu kibaskan agar debunya hilang. Selanjutnya lipat selimut secara rapi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.