Gemar Kembara Pemilik Bawa Pulang Dekorasi Hotel Mewah Ke Kediaman

Share

Dalam kesibukan urusan kerja harian, pemilik mahu menikmati keselesaan menghuni kediaman semaksimum mungkin. Limpahan pemandangan hijau di luar berganti pula dengan limpahan kemewahan nuansa champagne dan kuning keemasan di ruang kediaman. Pilihan skema warna utama ini tidak dapat lari dari dikaitkan dengan warna bertuah atau feng-shui pemilik kediaman.

Garapan baik bertunjangkan nostalgia silam dan gaya hidup moden hari ini maka terhasil lah konsep kediaman Transitional Colonial atau Transisi Kolonial menurut pandangan pereka.

Keseluruhan skema ruang dalam kediaman ini tidak lari dari warna mewah kuning kekemasan dan champagne. Dua warna yang menggambarkan cita rasa mewah pemilik tetapi diluahkan dalam keadaan terkawal. Memang menggetarkan jiwa tatkala melihat kebijaksanaan pereka dan juga gabungan idea pemilik mengadunkan warna sokongan lain seperti biasan warna kuning jingga (amber), gangsa, tembaga dan putih berserta perincian warna-warna gelap yang mana semua ini mengizinkan setiap item yang dihias menyerlah dengan cara tersendiri.

Nostalgia Silam Inspirasi Sofistikated
Menurut pereka, konsep yang dibawakan ini adalah adunan era lama penuh nostalgia dan inspirasi gaya sofistikated semasa pada item dekorasi lain seperi perabot dan aksesori.

Ruang dalam kediaman yang agak luas membolehkan Francis melakukan eksplorasi idea dengan lebih mudah. Keterbatasan ruang bukan lah halangan yang perlu ditempuhi. Berpegang kepada sentimen era nostalgia silam, gambaran kemewahan dizahirkan di ruang tamu menerusi fabrik langsir sutera keemasan sehinggalah ke hamparan karpet parsi berwarna lembut. Menyempurnakan visual pula, beberapa perabot reka bentuk klasik seperti meja, kerusi tub dengan fabrik bermotif maze dan bangku lounge Cleopatra. Apa yang pasti , tetamu yang berada di sini akan berasa sangat selesa.

“Apa yang dapat kita lihat ini adalah juga gambaran personaliti pemilik yang suka mengembara ke serata dunia dan gemarkan gaya hidup mewah,” terang Francis

Ruang-ruang hebat


Menjelajah ke ruang yang lain, kediaman ini dilengkapi dengan lima buah bilik tidur dan setiap bilik pula mempunyai bilik air sebagai kemudahan terbaik buat penghuni mahu pun tetamu. Setiap bilik mendapat sentuhan eksklusif dan Francis berjaya mengangkat visual setiap bilik tidur ini dengan gaya bilik tidur hotel lima bintang! Pilihan perabot utama seperti katil bersaiz dempak di bilik tiudr utama begitu mengujakan. Apa tidaknya kepala katilnya sahaja direka tinggi menggunakan fabrik berspan padat yang turut menjadi titik fokal ruang ini. menambah keterujaan apabil bilik air utamanya cukup selesa dan dilatari cermin muka besar berbingkai emas. Rekaan mewah diteruskan kepada ruang mandi yang boleh memuatkan dua orang serta lengkap dengan tub mandian. Dengana garapan seperti ini, pemilik tidak lagi perlu untuk ke hotel semata-mata ingin menikmati lena yang selesa.

Published by
Impiana