Baru dapat kunci rumah, mesti berkobar-kobarkan hendak menghias kediaman. Itu ini semua nak buat, sampai lupa apa perkara wajib yang kena buat dulu kan!
Jangan bimbang, lima tip ini boleh menjadi panduan untuk anda.
1. Mulakan proses mengemas sekurang-kurangnya dua bulan sebelum anda berpindah. Tetapkan satu ruang atau bilik, tentukan apa yang mahu dibuang, dikitar semula atau didermakan. Dengan cara itu, apabila sudah tiba masanya untuk berpindah, anda tidak serabut.
Ads
2. Cari sofa yang boleh dibuka apabila diperlukan. Apabila sudah berpindah, anda boleh mix and match pelbagai gaya untuk memberikan ‘warna’ perabot klasik anda. Lebih murah untuk membeli beberapa bantal dengan corak grafik atau permaidani baharu daripada menggantikan sofa.
3. Pertimbangkan berat perabot sebelum anda membuat pembelian. Cari material baik tetapi ringan. Walaupun anda tidak bercadang untuk berpindah, perabot yang ringan menjadikan lebih mudah untuk anda menyusun semula atau membersihkannya.
Ads
4. Apabila menghias rumah, cuba tetapkan supaya ia kelihatan seperti rumah contoh. Ini bermakna tiada barang bersepah, segala-galanya tersusun dan setiap bilik mempunyai sentuhan aksesori dan warna yang tepat. Bakar lilin wangi dan nikmatilah rumah baharu anda!
Ads
5. Jika anda mempunyai projek yang ingin anda lakukan, seperti menaik taraf lampu, lukisan atau menggantikan lantai, lakukannya sebelum anda masuk ke rumah baharu- jangan tunggu sudah pindah masuk baharu nak mulakan. Kata kuncinya, perancangan dan sistematik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kasihnya anak kepada kedua ibu bapanya, dizahirkan dengan membina kediaman baharu buat mereka.
11 Beradik Sepakat Sumbang Duit Bina Rumah Untuk Ibu Bapa
Kisah mengagumkan sebelas adik-beradik dari Kampung Chasi Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan yang sepakat mengumpul dana untuk membina rumah baru untuk orang tua mereka telah menjadi perhatian ramai.
11 Beradik Sepakat Sumbang Duit Bina Rumah Untuk Ibu Bapa
Mohd Tarmize Ramly, anak keenam kepada pasangan Ramly Yaacob, 67, dan Rohani Mat Zain, 58, telah memuat naik cerita ini melalui akaun TikToknya, @Mize Aida.
Malah, video tersebut telah menarik perhatian netizen dan setakat ini, ia telah ditonton lebih dari lima juta kali.
Muat Naik Video Tanda Mengingati Ayah
Mohd Tarmize berkongsi bahwa dia memuat naik video tersebut sebagai satu cara untuk mengingati ayahnya yang meninggal dunia akibat strok tidak lama selepas mereka pindah ke rumah baru tersebut.
Ayahnya meninggal pada April tahun lalu. Dalam kekosongan yang dirasai selepas pemergian ayahnya, dia mencuba untuk membuat video yang memaparkan kenangan bersama ayahnya di rumah baru tersebut dan membagikannya di TikTok.
11 daripada 14 adik beradik
Sumbang Ikut Kemampuan
Idea untuk memberikan rumah baru kepada orang tua mereka diilhamkan oleh adiknya, Mohd Aizat, yang berusia 32 tahun dan merupakan anak ketujuh dalam keluarga tersebut. Dari 14 adik-beradik, 11 yang sudah bekerja menyumbang tanpa had tetap, berdasarkan kemampuan masing-masing dengan anggaran kos awal sebanyak RM140,000.
Rancangan asal adalah untuk membina tiga bilik, namun, atas cadangan kontraktor untuk keselesaan, jumlah bilik ditingkatkan menjadi enam dan dapur diperbesar, sehingga kos akhirnya meningkat menjadi RM250,000.
Gambar rumah lama mereka
Setuju Tak Tuntut Hak Rumah
Mohd Tarmize, yang bekerja di Pos Malaysia Berhad di cawangan Petaling Jaya, Selangor, menjelaskan bahawa rumah baru itu dibina di atas tanah milik ibunya dan bersebelahan dengan rumah asal mereka.
Dia dan adik-beradiknya telah bersetuju untuk tidak menuntut hak atas rumah itu dan menjadikannya sebagai tempat berkumpul keluarga semasa hari raya, yang lebih selesa berbanding rumah lama yang kini disewakan.
11 Beradik Sepakat Sumbang Duit Bina Rumah Untuk Ibu Bapa
Selain itu, mereka juga sepakat memberikan sebuah kereta Perodua Axia untuk kegunaan arwah ayah untuk menghantar dan menjemput tiga adik mereka yang masih bersekolah.
Ini adalah cara mereka untuk menghargai pengorbanan ibu dan ayah mereka yang dahulu bekerja keras menoreh getah untuk membesarkan mereka 14 adik beradik.
IMPIANA : Moga kisah adik beradik ini menjadi inspirasi anda di luar sana agar lebih menghargai ibu bapa masing-masing.
Ditengah-tengah penularan wabak COVID-19 ini, aspek kebersihan amat penting untuk kita ketengahkan. Selain mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, kita juga dinasihati untuk memastikan keadaan dirumah sentiasa bersih. Semua permukaan harus dilap dan dicuci bagi membasmi sebarang kuman atau virus yang berpotensi menjangkiti penghuni kediaman.
Melalui perkongsian Syinorita Syahidah di akaun Facebooknya, beliau ada menunjukkan cara untuk membuat sendiri spray pembasmi atau disinfectant spray yang mujarab bagi menghapuskan kuman.
APAKAH KEGUNAAN DISINFECTANT SPRAY? “Untuk pengetahuan korang, spray ini digunakan untuk membunuh kuman dan virus yang melekat diatas permukaan seperti lantai, tandas, perkakas rumah mahupun pakaian. Spray ini juga boleh digunakan pada parcel yand dibeli online, barang mainan anak, atau perkakas rumah (alat eletrik tidak boleh ye). Kalau anak kerap demam atau kena influenza, DS ini bagus korang guna untuk disinfection barang dalam rumah.”
CARA MEMBUAT DISINFECTANT SPRAY
Hanya 2 bahan yang anda perlukan:
1. Air
2. Cecair peluntur Clorox
Di label botol Clorox terdapat senarai kuman dan virus yang boleh dihapuskan serta cara penggunaannya
Nisbah campuran antara dua bahan ini ialah 5% clorox campur dengan 95% air.
Setelah selamat dicampur, boleh letak kedalam apa-apa botol yang bersesuaian.
Cara guna, anda hanya perlu spray dan biar je sampai kering.
Kalau beli parcel online, jangan buka parcel dulu. Spray dan biarkan sekurang-kurangnya 5 – 7 minit baru boleh buka dan sentuh.
Diingatkan supaya letak DS di tempat yang selamat dan jauh dari anak-anak kecil.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun peti sejuk anda menggunakan terknologi terkini dan paling canggih namun cara simpanan salah, ia belum tentu menjamin bahan simpanan tahan lama. Paling cepat terjejas adalah bahan mentah seperti sayur. Ada yang boleh bertahan hanya 2 minggu sahaja. Tapi dengan teknik simpanan yang betul, sayur yang disimpan walau dalam peti sejuk biasa-biasa pun boleh tahan lebih sebulan
Tapi, lama-lama rasa leceh pulak.
Lepas lunch nak kena singgah pasar. Then nak rushing balik klinik pulak.
So, KakYa pun study lah cara-cara nak kasi halia, serai, cili etc tahan lebih lama.
And ini lah hasilnya. Korang try lah.
Tukar air halia setiap kali anda bukak bekas simpanan
Jika serai terlalu panjang, potong sikit ikut muat bekas. Airnya perlu ditukar setiap kali anda ambil serai. Atau 3-4 hari sekali
sekain itu, boleh bungkus bunga kantan ni dengan surat khabar satu persatu sebelum disimpan. Atau, simpan dalam ruang sejuk beku dan defrost sebelum digunakan. Kantan akan kelihatan segar
Simpan cili dalam bekas bertutup, gantikan tisu sekaki sekala terutamanya jika kelihatan basah
Kondisi cili yang disimpan selepas 3 minggu. Masih dalam keadaan segar
#KakYaMasak
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.