“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”  begitulah perumpamaan tradisi angkat dan usung rumah di zaman dahulu kala.

Tapi rupanya sekarang pun masih berlaku tradisi ini. Usaha memindahkan sebuah kediaman tradisional Melayu di Desa Melor, Serendah, Selangor berjaya dilakukan pada Ahad lalu.

‘Angkat’ Rumah Pusaka Demi Projek ECRL, Berjaya Hasil Bantuan Sukarelawan

Kaedah mengusung rumah dengan menggunakan kudrat manusia sepenuhnya pernah dicuba sebelum ini. Bagaimanapun, menurut pemilik rumah Jonid Ahmad, ia tidak berjaya memandangkan teknik yang dilakukan tidak bersesuaian.

Pindahkan Rumah Pusaka Demi Projek ECRL, Berjaya Angkat Hasil Bantuan Sukarelawan

Susulan itu, Jonid meminta nasihat pakar bagaimana cara yang sesuai untuk memindahkan rumah pusaka miliknya itu.

Menerusi video yang dikongsikan orang ramai, rumah kayu itu berjaya dialihkan daripada tapak asal dengan bantuan sekumpulan sukarelawan.

 

@hasnizanharun Rumah WARISAN Hj Jonid Berjaya di Alih. Alhamdulillah dengan izin Mu Ya Allah “Gagal Bukan Bererti Gagal Selamanya” Hari ini telah berjaya mengalihkan rumah warisan Hj Jonid. Pada 22hb Jun yang lepas telah gagal, alhamdulillah pada hari ini 30hb Jun dengan sekali angkat telah berjaya mengalihkan rumah warisan ini. Faktor kejayaan yang saya lihat dengan izin Allah… 1. Papan sebelah dalam telah dibuka seluruhnya mengurangkan beban, memudahkan untuk diangkat dan berdiri disebelah dalam. 2. Telah dilevelkan semua alang (kayu) yang hendak diangkat pada paras dada yang ianya mudah diangkat dan sama disetiap sudut dan tengah rumah. 3. Bumbung (atap) rumah telah dikeluarkan bagi mengurangkan beban. 4. Semua posisi menghadap satu arah sahaja dan memudahkan pergerakan. 5. Menyusun ketinggian supaya sekata masa mengangkat. 6. Menyusun orang disemua sudut luar dan tengah rumah serta mendengar satu arahan. Lagi sekali saya ucapkan tahniah dan syabas buat tuan rumah Tn Hj Jonid dan isteri yang mempertahankan kesenian seni bena rumah melayu yang telah berusia puluhan tahun. Tahniah juga kepada penduduk Desa Melor khususnya YDP Dato’ Zubir atas kerjasama, komitmen dan penyatuan yang cukup baik apabila hadir beramai², tahniah juga kepada jiran Taman Desa Anggerik, Taman Idaman, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, DACS-ARC, Angkatan Pertahan Awam(APM), NGO Sanggar Suri, Persatuan Bengkulu Sungai Choh dan lain²…(maaf jika tidak disebut) “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, akhirnya membuahkan hasil, Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan Tn Hj Jonid, isteri dan keluarga beliau selepas ini. Siiru’ala barakatillah. #angkatrumah ♬ original sound – hasnizanharun

Ads

Malah, aktiviti berkenaan memperlihatkan kerjasama orang kampung yang turut bertungkus-lumus untuk memastikan setiap penjuru rumah dipindahkan dengan selamat.

Pada masa sama, tidak berlaku sebarang kerosakan atau insiden tidak diingini ketika proses memindahkan.

Jonid berkongsi bahawa rumah yang asalnya dibina di Muar, Johor telah dipindahkan ke Serendah namun sekali lagi terpaksa dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pemilik Kediaman Kongsi Tip

Faktor kejayaan yang saya lihat dengan izin Allah…

1. Papan sebelah dalam telah dibuka seluruhnya mengurangkan beban, memudahkan untuk diangkat dan berdiri disebelah dalam.

Ads

2. Telah dilevelkan semua alang (kayu) yang hendak diangkat pada paras dada yang ianya mudah diangkat dan sama disetiap sudut dan tengah rumah.

3. Bumbung (atap) rumah telah dikeluarkan bagi mengurangkan beban.

4. Semua posisi menghadap satu arah sahaja dan memudahkan pergerakan.

5. Menyusun ketinggian supaya sekata masa mengangkat.

Ads

6. Menyusun orang disemua sudut luar dan tengah rumah serta mendengar satu arahan. Lagi sekali saya ucapkan tahniah dan syabas buat tuan rumah Tn Hj Jonid dan isteri yang mempertahankan kesenian seni bena rumah melayu yang telah berusia puluhan tahun.

Rumah yang berusia lebih 75 tahun itu dipindahkan tanpa menggunakan sebarang peralatan moden bagi mengekalkan tradisi orang Melayu lama.

Beliau juga berhasrat untuk menetap di situ kerana banyak nostalgia dan momen indah sepanjang berada di kediaman tersebut.

IMPIANA : Menariknya tradisi angkat rumah ni, meriah dan nampak lebih muhibbah dan bersatu padu.

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI