Selain cantik, pinggan mangkuk Ayan ini mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri.
Maka sebab itu juga tidak hairan ramai menginginkan koleksi pinggan mangkuk yang unik dan klasik ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Pinggan Mangkuk Ayan Bahayakan Kesihatan, Boleh Akibatkan Kerosakan Organ
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Ads
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
Tak Jemu Mata Memandang, Dekorasi Rumah Flat Tampak Elegan, Cantik & Kemas. IMPIANA tertarik pada hiasan dekorasi di dalam rumah dan laman kecil pemilik kediaman, Tunku Puteri Baizura ini yang terletak di Pulau Pinang. Meskipun hanya tinggal di rumah flat 2 bilik yang mempunyai keluasan kecil, namun namun dengan dekorasi yang tepat mampu menyerlahkan sisi elegan dan cosy pada dekorasi rumah.
Ubah Dekorasi Ikut Citarasa Sendiri
Minat mendalam pada hiasan dalaman rumah membuatkan pemilik gemar mengubah suai dan menukar dekorasi kediaman mengikut citarasa yang tersendiri.
“Macam biasa bila mood boring bertandang kita ubah la sikit-sikit bagi nampak lain. Cabinet tv tu sebab berat ja ,kalau ringan lama dah bertukaq tempat. Tunggu pak hg lamberttt lagi,dok busy nak inventory kat tempat keja dia. Mak hang dah boring tv cabinet dok kat situ. Nak tukaq pi kat tempat meja makan plak.Meja makan plak nak tukaq pi kat tempat kerusi kuning tu.
“Nanti-nanti lah…. rasanya bulan 2 la kot baru dia tukaq, seminggu sebelum posa. Selalu macam tu laaa hang paa.,” Tunku Baizura
Susun Atur Kediaman Sempurna
Perkara menarik perhatian apabila pemilik kediaman bijak bermain warna rona terang pada kediaman di samping pemilihan saiz perabot dan susun atur kediaman yang sempurna. Masih menggunakan kemasan lantai simen dan tikar getah, namun pencahayaan yang menarik berjaya menyerlahkan lagi dekorasi rumah ini, membuatkan tak jemu mata memandang.
Begitu juga pada laluan pintu masuk rumah, laman kecil dihiasi dengan pepohon menghijau yang subur, cukup redup dan mendamaikan bagi menyambut tetamu yang datang. Pelbagai jenis pokok-pokok ditanam baik tanaman berpasu mahupun tanaman bergantung dan menjalar. Kesemuanya melengkapi laman kecil ini.
Semoga dekorasi serba sederhana namun simple dan kemas ini menjadi inspirasi buat pemilik kediaman jenis rumah flat atau bersaiz kecil yang lain.
Sofa Chesterfield yang sering dikenali dengan reka bentuknya yang klasik dan elegan, merupakan salah satu perabot ikonik yang tetap kekal relevan hingga masa kini.
Sofa ini tidak hanya menawarkan keselesaan tetapi juga memberikan sentuhan mewah pada sesebuah ruang.
Sejak kemunculannya pada abad ke-18 di England, Chesterfield telah menjadi lambang status dan keunggulan, menghiasi ruang perpustakaan, pejabat dan ruang tamu yang di seluruh dunia.
Dengan kombinasi estetika yang menarik dan fungsi yang praktikal, sofa Chesterfield terus menjadi pilihan popular dalam seni dekorasi dalaman dengan menggabungkan warisan sejarah dengan keperluan moden.
Sofa Chesterfield biasanya dikenali dengan beberapa ciri khas berikut:
Lengan Melengkung: Lengan kerusi atau sofa Chesterfield biasanya melengkung dan setinggi belakang sofa, memberikan penampilan yang simetri dan klasik.
Kancing Berbutang (Tufted): Bahagian belakang dan kadang-kadang tempat duduk kerusi atau sofa ini dihiasi dengan butang yang tertanam, mencipta corak berlian atau kotak yang memberikan tekstur dan gaya elegan.
Bahan Kulit: Walaupun boleh didapati dalam pelbagai bahan, Chesterfield tradisional biasanya dibuat dari kulit berkualiti tinggi. Namun, ada juga yang dibuat daripada kain mewah seperti velvet.
Kaki Kayu: Kerusi atau sofa Chesterfield biasanya mempunyai kaki kayu yang tahan lama dan sering kali diukir dengan hiasan.
Gaya Mewah dan Bersejarah: Chesterfield dikenali dengan reka bentuk yang klasik dan sering dikaitkan dengan gaya mewah dan klasik serta sering dilihat dalam perpustakaan, pejabat atau ruang tamu yang elegan.
Sejarah dan Asal Usul
Chesterfield dipercayai berasal dari England pada abad ke-18 dan mendapat namanya daripada ‘Earl of Chesterfield’ yang memesan kerusi ini. Sejak itu, kerusi dan sofa Chesterfield telah menjadi simbol status dan kemewahan.
Penggunaan Moden
Hari ini, kerusi dan sofa Chesterfield masih popular dan digunakan dalam pelbagai jenis interior, dari yang tradisional hingga yang moden. Ia sering menjadi pilihan dalam dekorasi di ruang tamu atau pejabat kerana stailnya yang tidak lapuk dek zaman.
Jika anda sedang mencari sofa Chesterfield, pastikan untuk mempertimbangkan faktor-faktor seperti bahan, ukuran dan kesesuaian dengan dekorasi ruang anda untuk memastikan ia menjadi pelengkap yang sempurna.
Ramai yang suka dengan buah durian. Namun, ada juga segelintir daripada teman-teman kita yang sangat anti dengan buah durian. Ada yang sampai ke tahap tercium sahaja bau durian mereka pasti rasa mual, pening dan ingin muntah.
Setelah memakan durian, baunya pasti akan tertinggal cukup lama di dalam rumah. Bagi yang tak suka durian, bau ini jelas akan mengganggu anda. Untuk menghindari bau ini kekal lama di kediaman anda, berikut ada tip mudah yang mungkin ada boleh cuba.
Ternyata caranya sangat mudah uolls. Anda hanya perlu menggunakan daun pandan. Ambil beberapa tangkai daun pandan. Potong atau gunting daun pandan sampai daunnya sedikit berair. Setelah itu sebarkan aroma pandan di beberapa sudut ruang atau letak berhampiran penghawa dingin.
Anda tidak perlu menunggu lama kerana aroma buah durian akan segera hilang digantikan dengan harumnya pandan. Aroma durian memang boleh dikalahkan oleh beberapa aroma lembut seperti pandan, vanilla, atau strawberry. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.