Selain cantik, pinggan mangkuk Ayan ini mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri.
Maka sebab itu juga tidak hairan ramai menginginkan koleksi pinggan mangkuk yang unik dan klasik ini untuk dijadikan koleksi peribadi. Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah dari keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
Semoga bermanfaat kepada semua!
Sumber : Public Health
Artikel Berikut: Teknik Betul Tanam Pokok Sup, Pokok Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ini
Mesti Baca: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.