PINK Yang Manakah Kamu? Kaji Karakter Anda dengan Ruang Pilihan Pink Anda!

Share

Merah jambu atau pink, begitu banyak biasannya di pasaran. Yang mana satu pilihan anda dan yang mana satu mewakili karakter anda? Pilihlah PINK  yang anda suka dan cuba kaji pada diri sendiri. Andai benar atau tidak dan boleh ditanda pada karakter yang betul…

  1. Merah jambu gelap – Selalunya merah jambu seumpama ini nyaris seperti ungu atau magenta. Sesuai buat kediaman moden yang berani mencuba sebuah warna yang cantik menggoda. Kediaman anda bertemakan klasik Inggeris atau rococo? Silakan…..

– Berkeyakinan tinggi

– Yakin penampilannya

– Berkarisma

– Misteri

  1. Merah jambu pekat terang- Mempunyai biasan rona garang dan sesuai bagi yang menggunakan perbot kayu gelap seperti rosewood, jati dan birch. Kediaman anda dihias dengan barangan antik Asia dan oriental? Pasti tampil hebat!

– Lincah

– Anggun

– Cita rasa tinggi

– Elegan dan mewah

 

  1. Merah jambu pekat berdebu-Warna yang tampil tenang dan eksklusif. TIdak terlalu gelap dan terang. Bagi kediaman besar dan mempunyai perabot polos, menggunakan tema moden klasik atau vintage

–  Feminin

–  Tenang

–  Eksklusif

–  Unik

 

  1. Merah jambu seksi – Merah jambu yang dikatakan sesuai dengan tema kontemporari yang mempunyai lagak yang cukup elegan. Baik di ruang berperabot ringkas moden atau klasik. Sesuai untuk rumah si anak gadis dengan warna-warna yang cukup riang bertenaga.

– Ceria

– Berfikiran positif

– Sukakan  kelainan

– Berani

 

 

  1. Merah jambu asli – Apa lagi yang mampu dikatakan dengan merah jambu asli. Rona pesona yang menusuk kalbu dengan apa sahaja yang dipalit olehnya. Dari dinding ke sofa apatah lagi permaidani. Buat kamar si anak kecil perempuan sememangnya cukup luar biasa dan mereka yang memilih moden kontemporari.

-Sweet

-Glamor

-Manja

-kreatif

  1. Merah jambu pastel – Merah jambu yang lebih lembut warnanya. Selalunya pilihan menjadi warna alat solek atau ruang tamu. Sesuai untuk ilham moden pada dinding mahu pun perabot.

-Feminin

-Sweet

-Romantis

-Sentimental

 

  1. Merah jambu lusuh – warna yang masih baru di dalam pasaran. Tetapi sudah mula mendapat tempat di kalangan pereka untuk membentuk karakter tegas dalam kejelitaan. Melibatkan kediaman bertema seperti vintage atau Scandinavian.

-Tegas

-Kreatif

-Sentimental

-Punya pendirian sendiri.

 

  1. Merah jambu peach. – Warna ini merupakan warna antara jingga dan merah jambu. Ia sememangnya unik dan payah untuk disuai padan. Pun begitu buat ruang makan moden atau kamar anak-anak , pilihan rona sememangnya sesuatu yang sangat unik.

-Berfikiran positif

-Ceria

-Kreatif

-Bersemangat waja

  1. Merah jambu pucat – Warna ini sememangnya sangat jarang digunakan tetapi semakin popular di kalangan tuan rumah ala scandianvian. Mempunyai keisitmewaannya yang tersendiri dan eksklusif buat kamar anak-anak, menonton mahu pun membaca.

-Penyayang

-Prihatin

-Sensitif

-Sweet.

Published by
Impiana