Pintu Grill Yang Mampu MengKhayalkan Orang Awam

Share

Pintu rumah yang ada di rumah sekarang ini, tidak cukup selamat lagi untuk melindungi anda dan rumah anda. Kerana, pintu ini senang untuk dipecah atau godam pintu tersebut. Oleh sebab itu, dengan adanya grill, ia akan mencegah jenayah pecah masuk rumah. Jadi, jika anda ingin memasang grill di rumah, apakah jenis grill yang akan anda pasang? Tidak tahu? Mari sini saya memperkenalkan 4 jenis grill yang bagus.

BESI BIASA

Reka bentuknya sangat ringkas, ringan dan juga ia murah. Grill ini amat diminati oleh orang Malaysia kerana ia sangat murah dengan hanya RM 11 psf sahaja. Akan tetapi grill ini perlu di cat perlindungan setiap 2 atau 3 tahun sekali untuk melindunginya dari berkarat.

LOGAM TEMPA

Anda seorang yang berseni? Ataupun suka kan seni? Grill jenis logam tempa ini amat sesuai dengan orang seperti ini kerana grill ini boleh ditempa pelbagai bentuk dan corak mengikut kehendak kita. Malahan, ia juga besi yang mudah untuk dibentuk. Jadi, sesuai sangatlah itu. Grill ini ada dua jenis, Solid dan Hollow atau kedua-duanya bercampur yang menampakkan grill ini ringkas tapi masih elegan. Walaupun ciri-cirinya sama dengan Mild Steel

, ia mempunyai harga lebih mahal, RM21 psf, kerana kualiti dan kedayatahanannya yang padu mengikut saiz, ketebalan, dan reka bentuk.

ALUMINIUM

Ramai individu memilih grill logam atas sebab estetik dan bukannya keselamatan. Sebabnya ialah ia mempunyai penarafan ketahanan yang rendah. Tetapi apa yang menarik ialah ia tidak mudah berkarat dan terdapat dalam pelbagai warna. Akibatnya, perbelanjaan penyelenggaraan dapat dikurangkan kerana tidak perlu menggunakan salutan atau cat pelindung secara berkala. Ia mungkin mengaburkan sinaran matahari namun ringan dan mudah dipotong. Mungkin itulah sebabnya ia lebih mahal daripada besi konvensional.

KELULI TAHAN KARAT

Ia kuat dan berdaya tahan sesuai untuk anda yang mementingkan keselamatan. Jangan menutup mata; walaupun sukar, ia mudah dibentuk! Bahan seperti titanium, nikel, dan molibdenum menguatkannya supaya ia tidak terhakis dan kekal utuh dalam keadaan panas atau sejuk. harga? Kualiti mesti dipadankan! Lebih kurang RM30 sekaki persegi. Selain itu, ia tidak perlu menambah atau menyesuaikan warna cat kerana ia hanya terdapat dalam warna silver.

Kesimpulannya, setiap grill ada keistimewaan dan kelemahannya. Jadi, yang mana kegemaran anda?

Sumber: PropertyGuru

(https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/keselamatan-jenis-harga-grill-rumah-malaysia-45422)

Published by
Yasin