Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah,33 berkesempatan bercuti ke pulau peranginan di Langkawi, Kedah bersama suami dan anak tersayang. Dalam keseronokan bercuti di Langkawi, pelantun lagu ‘Beribu Sesalan’ ini berkongsi detik cemas apabila rumah inap ‘homestay’ yang didiami diganggu makhluk halus.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah,34 berkata, kejadian mistik itu berlaku di tempat penginapannya apabila dia mendengar sendiri bunyi menyeramkan pada waktu malam. Bunyi bising, gegaran dan cakaran pada pintu inap desa tersebut namun apabila diperiksa tiada sesiapa.
“Yang tidak menariknya homestay kami di Langkawi ada hantu. Boleh pula dia main cakar dan gegar pintu.
“Ubai jengah ke tingkap mahu tengok siapa kacau, sebab trip Langkawi ni ramai kan the whole team bola ada. Ada sekali pintu bergegar tapi orang nya tiada, kata Shila.
Shila ke Pulau Langkawi menemai suaminya Ubai Zulkefli yang menyertai satu perlawanan bola sepak di sana.
Tambah Shila, suami juga tidak memaklumkan kejadian sebenar insiden tersebut dan hanya menceritakan perkara tersebut keesokkan harinya.
“Ubai dengan muka seposen dia cakap dengan Sha “oh kucing je sayang,tidur la”. Esoknya kami nak ke Perlis baru dia bagitau kejadian sebenar,” ujar Shila lagi.
Ibu kepada Seth Uwais,5 ini juga turut menasihatkan pemilik-pemilik inap desa supaya lebih prihatin berkaitan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pengunjung terutamanya melibatkan gangguan mistik sebegini.
“Nasihat Sha kepada orang-orang yang buat homestay ni kena rajin bersihkan bilik dan “bersihkan” selalu. Sha pula mengandung dan bawa anak kecil, jadi perkara begini kena ambil kira la ya,” ujarnya.
Namun sebaliknya ketika singgah di Perlis, Shila berkongsi keterujaan pengalaman tinggal di Boutique Hotel di sana.
“But our trip to Perlis were short and sweet. Sha rasa akan ke Perlis lagi tapi kali ni untuk pergi bercuti.
Boutique hotel kami tinggal pun bersih tiptop. Seth terus boleh tidur lena, makan pun sedap dan harga sangat berpatutan! Peminat di Perlis pun sangat ramah! Thank you for making me feel so welcomed,” ujarnya.
Mesti Baca:Kediaman Studio Konsep Industrial, Sesuai Dijadikan Rumah Persinggahan Atau Homestay
Baca Lagi Di Sini:Ambil Tahu Ciri Homestay Yang Baik, Sebelum Bercuti
Artikel Menarik:5 Homestay CANTIK ala Tradisional Melayu Di Langkawi
IMPIANA: Buat pemilik inap desa semoga mengambil perhatian kes sebegini. Apa pun paling penting pastikan, rumah inap desa kita sentiasa dalam keadaaan bersih, selamat dan selesa untuk pengunjung yang datang.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.