Pintu sliding antara ciri biasa yang pada kediaman teres di negara ini, boleh kata setiap rumah akan ada.
Cuma masalah yang biasa dihadapi berkaitan pintu ini bila sudah lama digunakan adalah ia akan susah ditutup dan tersekat. Sudahnya ramai yang mengambil keputusan untuk terus mengunci pintu ini dan tidak menggunakannya lagi.
Masalah pintu sebegini sebenarnya boleh kita baiki sendiri, tak susah pun. Caranya dikongsi oleh Jason_jezi di akaun TikTok miliknya.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu ini turun. Jadi kata Jason, kita perlu lakukan perkara berikut untuk membaikinya semula;
Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
Ads
2. Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3. Selain itu pintu ini boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.
Wanita Kongsi Pengalaman Terkena Renjatan Elektrik, Guna Set Grill & Steamboat Tanpa Kelulusan SIRIM. Dalam keterujaan untuk menggunakan peralatan dan perkakasan elektrik yang baru dibeli, ramai yang terlepas pandang dengan aspek keselamatan, iaitu pengiktirafan kelulusan daripada pihak SIRIM.
Apabila menggunakan perkakasan elektrik tanpa kelulusan SIRIM ia berisiko untuk terkena renjatan elektrik sekaligus boleh meragut nyawa.
❌PERINGATAN PENTING❌
Alhamdulilah umur masih panjang, kononnya nak makan gril & steamboat beli set ni kt sop** nasib kurang baik kena renjatan elektrik tadi ketika sedang grill sotong untuk 2nd round.
Minta kawan-kawan semua beringat sebelum beli apa-apa pekakas electrik semak dulu ada SIRIM ke tak ya. Sayang nyawa, belilah yang ada pengiktirafan SIRIM. Lepas kena renjatan tadi cek semula kotak memang tak ada SIRIM. Benda yang penting terlupa nak semak dulu sebab ghairah membeli dalam talian nak-nak sales 😭
Semoga kawan-kawan ambil pengajaran. Melompat-lompat juga tadi 2 kali kena renjatan dari grill ni.
Allah masih pelihara dan selamatkan, alhamdulilah. Tak panik,. Rasa kebas lagi badan ni mudahan tak ada apa-apa. Pesan kat saudara mara, kawan-kawan juga ya. Jangan beli barang electrik macam ni kalau tak ada SIRIM.
✅NOTA & TIPS KESELAMATAN PENTING✅
1.Pastikan beli barang elektrik yang mempunyai SIRIM atau disahkan selamat oleh badan berwajib.
2. Ketika mengendalikan periuk, alatan memasak, memanas yang menggunakan aliran arus elektrik pastikan tidak menggunakan spatula, senduk, sudu atau alatan yang bersifat besi atau keluli yang boleh menarik haba atau arus elektrik. Gunakan senduk/penyepit kayu.
3. Jangan sambungkan pekakas elektrik dengan extention point tambahan, sambung terus pada plug point jika boleh.
4. Gunakan glove yang bersifat penebat ketika mengendalikan barang-barang elektrik terutama untuk grill.
5. Periksa dahulu watt yang digunakan oleh pekakas elektrik dan semak kapasiti plug/wayar point mampu menampung jumlah arus atau tidak supaya tidak meletup.
📝Jika terkena renjatan elektrik dan badan kebas
✅Bertenang
✅Berjalan tanpa kasut pada rumput/tanah/jalan supaya arus elektrik dalam badan dapat dinyahkan.
❌Sama-sama kita beringat.
Penafian: Posting ini hanyalah sebagai review pengguna & perkongsian pengalaman penulis untuk semua berkaitan dengan kesedaran keselamatan & penggunaan barang elektrik supaya berwaspada. Penulis tidak bertanggungjawab keatas sebarang kerugian mahupun apa jua bentuk kerugian, penurunan jualan mana-mana pihak.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan pengajaran buat pemilik kediaman yang lain supaya lebih berhati-hati dalam memilih peralatan dan perkakasan elektrik yang digunakan. Pastikan mempunyai kelulusan SIRIM dahulu, supaya benar-benar selamat digunakan.
Inspirasi Dekorasi Rumah Konsep Kayu, Hasil Bertukang Dengan Suami Selama Setahun. Memang unik dan kreatif hasil dekorasi rumah berkonsepkan kayu oleh pasangan suami isteri ini. Ia merupakan projek bersama, hasil bertukang selama setahun untuk melengkapkan dekorasi rumah. Malah rumah tersebut turut dijadikan homestay.
Rumah yang dibeli tapi tak dapat nak duduk..jadi kami buat rumah singgah dan homestay. Hasil bertukang dengan suami selama setahun sebab buat masa lapang saja.
Saya memang minat sangat dengan rumah berkonsepkan kayu dan simple..Deco ikut budget yang kami ada.
Bila ade rumah sendiri ni baru terlaksana konsep deco kayu ni.
Ada juga jual kat shopee yang dah siap..tapi yang saya punya saya memang ambik dengan orang yang jual pallet sebab nak kayu yang tebal untuk katil.
IMPIANA: Unik, lain daripada yang lain konsep deko yang diketengahkan oleh pemilik kediaman ini. Deko rumah dengan cara bajet menggunakkan palet kayu. Semoga menjadi inspirasi buat pecinta dekorasi yang lain.
Elak RISIKO Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bencana Banjir, Tip Keselamatan Kena Tahu. Sewaktu banjir melanda, faktor keselamatan paling penting dan perlu diutamakan. Arus deras boleh mengalirkan arus elektrik sekaligus mengakibatkan renjatan elektrik yang boleh meragut nyawa.
Lokasi rendah atau di kawasan yang berisiko dinaiki air banjir, serta mereka yang
sedang menghadapi bencana tersebut agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang kes kemalangan elektrik yang tidak diingini.
Sebagai contoh, tiang elektrik patah/tumbang atau tiang elektrik ada kebocoran arus, talian elektrik putus/jatuh, serta kabel bawah tanah terputus akibat banjir boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik.
Ini antara tip keselamatan elektrik semasa dan selepas banjir yang perlu kita praktikkan jika kediaman ditenggelami air.
Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis
utama pada kedudukan ‘OFF’.
– PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepada TNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan.
-ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
-JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
-JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
-DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
-JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
-JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
-JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
-SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
– AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
– BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya. Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
-JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
-ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
-Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah. Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan bagi pemilik kediaman yang sedang berdepan dengan bencana banjir. Ikut langkah keselamatan yang dikongsikan ini bagi mengelekkkan risiko terkena renjatan elektrik akibat banjir.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!