
Isi Kandungan
ToggleBagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
- Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
- Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
- Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Operasi Bersihkan Rumah Waktu Cuti Sekolah, Berkesan Buat Cara Ni!

Isi Kandungan
ToggleCuti sekolah adalah masa yang dinanti-nantikan oleh anak-anak, tetapi bagi ibu bapa, ini mungkin masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang produktif seperti operasi membersihkan rumah.
Sebelum itu, ketahui dulu tip atau cara membersihkan rumah dengan menggunakan bahan alami yang bukan sahaja menjimatkan malah kesan ‘bersihnya’ juga cukup hebat. Nak tahu apa caranya, jom semak 5 cara ini.
Perabot bebas habuk
Lapkan perabot dengan menggunakan bancuhan air bersama pelembut fabrik dengan kadar 1 nisbah 10.
2. Lantai berkilat seperti cermin
Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.
3. Wangikan udara dalam rumah
Campurkan pelembut kain dengan cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di sekeliling rumah terutama pada bahagian langsir, sofa dan kemasan lembut yang lainnya.
4. Menyegarkan bilik air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat dengan 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan di sekitar bilik air.
5. Harumkan peti sejuk
Matikan suis dan kemudian keluarkan semua yang ada di dalam peti sejuk. Bersihkan dengan tuala bersih. Selepas kering sapukan dengan esen ros pada tuala tersebut dan lap pada keseluruhan dalamaan peti sejuk. Kemudian tutup peti sejuk selama 30 minit sebelum dimasukkan dengan barang-barang lainnya.
6. Kilat dan bersihkan sinki
Buah lemon di potong dua dan kemudian gosokkan pada seluruh bahagian sinki dan terutamanya tempat yang kotor/berkerak. Kemudian taburkan dengan garam dan gosok dengan berus. Setelah itu bilas dengan air panas.
7. Cuci perkakasan seramik
Ambil beras dan campurkan bersama dengan air panas dan sedikit serbuk pencuci. Kemudian masukkan ke dalam pasu seramik atau hiasan lainnya yang sukar dibersihkan pada bahagian dalamnya. Goncang-goncangkan beberapa kali dan dengan sendirinya bahagian dalaman hiasan seramik dapat dibersihkan daripada habuk dan sebaginya.
IMPIANA : Selamat mencuba dan nikmati masa yang berkualiti bersama keluarga anda!
Mesti Baca: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip ‘Spring Cleaning’, Elak Jadi ‘Hoarder’

Isi Kandungan
ToggleTip ‘spring cleaning’, elak jadi ‘hoarder’. Apa itu ‘spring cleaning’? Spring cleaning adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti membersihkan rumah secara menyeluruh, biasanya dilakukan pada musim bunga.
Tradisi ini selalunya melibatkan pembersihan yang mendalam dan decluttering untuk mengeluarkan habuk, kotoran, dan barang-barang yang tidak diperlukan. Kebiasaannya tradisi ini dilakukan sebelum masuk ke tahun baru. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sihat untuk semua penghuni rumah.
1) Pembersihan Secara Menyeluruh
Ini termasuk membersihkan semua permukaan seperti lantai, dinding dan perabot. Ini juga termasuk membersihkan kawasan yang mungkin diabaikan setiap hari, seperti di belakang almari atau sudut bilik.
2) Decluttering
Pilih barang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi perlu dibuang atau didermakan. Ini membantu mengurangkan kekusutan dan menjadikan bilik kelihatan lebih kemas.
3) Membersihkan Tekstil
Seperti mencuci langsir, membersihkan permaidani, dan mencuci selimut atau bantal. Ini penting untuk mengeluarkan habuk dan kotoran yang tersekat.
4) Penyelenggaraan Secara Berkala
Periksa dan bersihkan peralatan rumah seperti penyaman udara, kipas atau penapis udara. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
5) Penyusunan Semula
Selepas membersihkan dan mengemas, susun semula ruang penyimpanan untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan item lebih mudah diakses.
Mesti Baca: Tak Perlu Sayang Barang! 9 Item Anda Perlu Buang Ketika “Spring Cleaning” Kediaman
Baca Lagi Di Sini: Cara Musnahkan Kemitetep, Elak Kene Gigit Dan Rosakkan Pakaian
Artikel Menarik: Cuci Cermin Rumah Dengan Mudah & Lebih Bersih, Anda Boleh Gunakan 5 Bahan Ini Sahaja!
IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Bersihkan Mangkuk Tandas Berkerak, Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda

Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI