Memang teruja melihat pokok yang ditanam mula berbunga dan sudah pasti anda bakal menikmati hasil tuaiannya. Namun, pasti mengundang kecewa apabila pokok berbunga banyak tapi hasilnya tidak melekat. Walaupun telah dibaja, pasti keadaan yang sama akan berlaku lagi. Asri Atan dari Sepang Farmville berkongsi antara punca masalah tersebut dan cara untuk mengatasinya.
Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:
1. Pasu/bekas yang kecil
Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.
Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.
Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.
Ads
2. Semut hitam
Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.
Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.
Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.
Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.Tuan/puan boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!
Pati semburan kawalan serangga perosak organik adalah sejenis produk yang diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, minyak pati, atau ekstrak herba. Ia digunakan untuk mengawal serangga perosak yang sering menyebabkan kerosakan pada tanaman.
Berbeza dengan racun perosak sintetik, pati semburan ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan tidak mencemarkan tanah, air, atau udara.
Sebenarnya kita boleh buat sendiri pati semburan kawalan serangga perosak secara organik hanya menggunakan bahan dapur sahaja. Memang cukup mudah, namun sangat berkesan!
Ikut cara yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah ini sebagai panduan.
Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit dah siap. Namun kesannya sangat power. Boleh pecah perut si thrip and the gang bila kena penangan pati air blender ini.
Petang ni kita proses lagi kawalan serangga secara organik.Kali ni kita buat pati stok untuk 500 ml air.
Bahan-Bahan:
32 gram cili api
32 gram halia
63 gram bawang putih
Cara Membuat:
1. Ketiga-tiga bahan ini dikisar secara berasingan. Lepas tu tapis.
2. Bila siap bertapis baru kita campur kesemua pati tersebut. Masukkan dalam botol dan simpan.
3. Bila nak guna, ambil 30 ml pati ni dan dicampurkan dengan 1 liter air. Nak lagi padu, tambahkan 5 ml minyak tanah untuk satu liter air. Spray bawah daun.
Afid, thrip, lalat putih dan hama memang takut sangat dengan pati ni. Pendek kata, kena je terus pecah perut 4 beradik ni.InsyaAllah pokok kita nanti akan bebas dari perosak.
Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat!
Boleh cuba buat sendiri semburan kawalan serangga perosak ni. Guna bahan semulajadi je, namun berkesan! Tanam-tanaman dan pokok-pokok kesayangan pun dapat diselamatkan.
Malaysia dikenali dengan cuaca tropika yang panas dan lembap, tetapi ada juga musim kering yang mempengaruhi keadaan tanaman.
Bagi mereka yang ingin menghias halaman rumah dengan tanaman yang mudah dijaga dan tahan terhadap cuaca panas serta kering, berikut adalah sepuluh tanaman renek berbunga yang ideal:
1. Bunga butang (Gomphrena globosa) Di gelar bunga butang disebabkan oleh bentuknya yang bulat seperti butang. Terdapat dalam beberapa warna pilihan antaranya yang paling diminati adalah ungu, pink dan putih. Mudah dibiakkan mulai biji benihnya yang terdapat di dalam kuntuman bunga.
2. Balong ayam (Celosia argentea) Dari kelaurga yang sama dengan bunga butang, Balong ayam mempunyai warna-warna yang lebih terang seperti merah, kuning dan oren. Balong ayam juga mempunyai ahli keluarga yang lain seperti pokok kucing. Cara pembiakkanya juga melalui biji benih yang diambil dari bunga yang telah kering
3. Bunga pentas (Pentas lanceolata) Tanaman renek ini mempunyai bunga berbentuk bintang yang tumbuh dalam bentuk gugusan yang besar. Warna merah adalah antara rona yang kerap menjadi pilihan. Untuk memastikan ia sentiasa berbunga dan merimbun, lakukan cantasan di bahagian hujung daun. Jika tidak lakukan cantasan, tumbuhan renek ini akan naik tinggi lebih satu meter dan sukar berbunga.
4. Bunga tahi ayam (Lantana camara) Walaupun namanya bunga tahi ayam, baunya tidak lah sebusuk yang digamabrkan. tanaman yang berasal dari belukar ini amat digemari oleh serangga penghisap madu seperti rama-rama. Walaupun dalam satu gugusan yang kecil, ia mempunyai 2-3 warna yang berbeza. Perlu kerap lakukan cantasan untuk mengawal tumbesaran tanaman di samping menggalakkan penghasilan bunga yang optimum
5. Ros jepun (Portulaca spp.) Tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air. Terdapat lebih daripada 20 spesis portulaca di dunia dan ada diantaranya mempunyai khasiat terutamanya untuk kulit. Terdapat pelbagai rona yang ceria, Ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang.
6. Alamanda (Allamanda spp.) Alamanda mempunyai bunga yang berbentuk terompet berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu. Dahulunya, ia kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang. Mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.
7. Marigold (Tagetes patula) Bunga yang kerap digunakan bagi tujuan keagamaan terutamanya hindu. Walaupun baunya kurang menarik, warna oren nya melambangkan kemewahan. Di dapati merigold mempunyai kandungan yang digeruni serangga seperti nyamuk dan serangga prosak. Oleh itu, tanaman berbunga renek ini menjadi pilihan sebagai tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaamn organik
8. Bunga satay (Angelonia biflora) Bagi anda yang ingin rasa laman ala-ala luar negara, tanaman ini antara yang sesuai membangkitkan tema tersebut. Kerap lakukan cantasan setiap eklai selesai berbunga untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru. Selain itu juga, tanaman ini amat mudah dibiakkan dari keratan batang walaupun kelihatan batangnya macam tak sesuai. Nak tahu caranya [klik sini]
9. Bungas kertas (Bougainvillea spp.) Ramai akui, tanaman ini antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah di jaga dan tahan panas. Namun, tidak semua mampu menghasilkan bunga yang lebat. Nak tahu cara untuk hasilkan pokok bunga kertas berbunga lebat [klik sini]
10. Bunga cape (Plumbago capensis) Tanaman renek jenis bushy ini mempunyai bentuk bunga seperti hydrangea. Rona yang berwarna biru memberi kelainan dan tekstur di laman anda. Untuk pastikan tanaman renek ini sentiasa menghasilkan bunga setiap hari, lakukan deadheading (potong bahagian yang selesai berbunga). Selain itu juga, pemangkasan perlu dilakukan kerap untuk mengawal pertumbuhan tanaman. jika tidak ia menjadi terlalu merimbun dan semak.
IMPIANA: Cantik tanaman berbunga renek ni dan senang jaga!
Pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu di laman rumah apabila semakin membesar memerlukan ruang yang lebih selesa. Ini bagi memastikan akar pokok dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa dan membantu tumbesaran pokok yang lebih baik.Salah satu cara dengan memindahkan pokok-pokok tersebut pada pasu yang lebih besar atau tanam terus ke dalam tanah.
Namun demikian, kebiasaannya sukar untuk memindahkan pokok dari dalam pasu ke bekas yang lebih besar, kerana tanahnya yang telah padat dan keras. Cara yang selalu dilakukan bagi memindahkan pokok ini dengan mengorek tanah sedia ada di dalam pasu.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk pindahkan pokok pada pasu yang lebih besar, tanpa perlu mengorek tanah atau memecahkan pasu sedia ada. Malah cara ini lebih praktikal, pasu lama juga boleh digunakan.
Bahan Diperlukan:
Tong Cat/ Baldi
Air Secukupnya
Tanah
Pasu
Leca Ball
Cara Membuat:
1. Mula-mula, isikan air memenuhi tong cat atau baldi tersebut.
2. Masukkan pula pokok ke dalam tong cat/ baldi tadi. Pastikan tanah dalam pasu terendam dan biarkan seketika.
3. Selepas itu, keluarkan pokok tersebut daripada tong cat/ baldi tadi.
4. Ketuk sedikit pasu dan cuba longgarkan tanah dalam pasu bagi mengeluarkan pokok.
5.Ambil pasu yang lebih besar masukkan tanah sehingga separuh bahagian.
6.Kemudian, masukkan pasu kecil tadi dan tekap ke dalam tanam pada pasu yang besar. Ia bagi membentuk ‘cetakan’ dan memudahkan pokok ditanam nanti.
7.Selepas itu, masukkan pokok dan ratakan tanah dengan kemas.
8.Akhir sekali, boleh juga tambahkan ‘Leca Ball’ pada bahagian atas permukaan. Ia berfungsi seperti tanah untuk menyimpan air selain mencantikkan pasu.
9. Siram pokok seperti biasa.Siap!
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
IMPIANA: Mudah sangat untuk tukar pasu pokok ikut cara yang dikongsikan ini. Barulah ia dapat menggalakkan pembesaran pokok & akar pokok pun dapat ‘bernafas’ dengan lebih selesa.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.