Pokok besar dan tinggi yang tumbuh tanpa dirancang di sekitar laman boleh jadi masalah pada kediaman. Lebih lebih lagi bila sudah tumbuh meninggi.
Pokok sebegini akan membahayakan jika berhampiran dengan rumah sekiranya dahan patah atau tumbang. Disebabkan itu adalah lebih selamat jika pokok sebegini ditebang.
Namun untuk kerja menebang pokok ia boleh menelan kos yang tinggi. Boleh cecah RM1000 satu pokok.
Tapi bagi yang ingin jimatkan kos upah, ada kaedah yang boleh kita lakukan sendiri. Caranya dengan mematikan pokok tanpa perlu ditebang.
Kaedah untuk mematikan pokok besar ini dikongsi oleh Ejatt Jayy melalui akaun TikTok beliau. Pokok perlahan-lahan akan mati dan mereput sendiri.
1. Buat lubang pada batang pokok (atas sedikit dari pangkal) menggunakan cordless drill. Buat 3-4 lubang yang dalam.
2. Kemudian tuang atau masukkan racun untuk matikan pokok menggunakan syringe atau picagari. Boleh guna racun Tri-Ester 32
, KenLon, CH Triclopyr. Racun ini boleh dibeli secara online di Shopee. Bagi pokok ini Ejatt menggunakan racun Pure glyhosate Isopropylamine.
3. Suntik racun ini pada setiap lubang yang dibuat kemudian tutup lubang dengan tanah liat.
4. Selepas seminggu boleh lihat daun pokok akan menguning dan luruh, dahan mereput dan mati.
5. Selepas tiga minggu kita akan lihat pokok akan ‘botak’ dan mula mereput.
Cara ini sesuai dilakukan pada pokok yang berhampiran dengan rumah supaya tak tumbang dan merosakkan kediaman.
@ejattjayySalah satu kaedah untuk mematikan pokok besar guna cara 💉 racun kedalam batang pokok.♬ original sound – Ikmal Alif
Sumber: Ejatt Jayy
Mesti Baca: 10 Jenis Pokok Sesuai Jadi Tanaman “Indoor”,Penyeri Rumah!