Pokok betik antara tanaman buah yang paling mudah untuk dikesan kehadiran penyakit. Kebiasaannya, ancaman mudah berlaku ketika musim hujan. Jika rawatan tidak dilakukan secara rutin, pokok betik terdedah pada pelbagai penyakit. Sedangkan tanaman yang dirawat juga mengalami masalah, ini kan pula tidak dirawat langsung.
Antara jenis penyakit yang kerap mengancam pokok betik di musim hujan adalah seperti:
1. Busu akar
Masalah busuk akar mamang agak sukar untuk dikesan kerana ia berada di dalam medium tanah. Ia berpunca daripada bakteria phytophthora palmivora.
Tanda-tanda jangkitan mula menyerang apabila bawah daun layu, menguning kemudian dan berkedut atau kerinting. Daun yang muda pun menunjukkan gejala yang sama
2. Busuk batang
Penyakit ini berpunca daripada bakteria yang sama menyebabkan masalah buruk akar. Jika di peringkat awal akar membusuk tidak dirawat, ia akan melarat kepada bahagian batang pula.
Masalah atau penyakit ini lebih mudah untuk dikesan. Kebiasaanya berlaku di bahagian pangkal batang. Akan kelihatan batang yang rosak. Lama kelamaan bahagian yang dijangkiti tadi akan merompong dan menyebabkan ia mudah patah
3. Penyakit buah rosak
Busuk buah berpunca daripada kehadiran fungus Colletotrichum gloeosporioides. Disebabkan keadaan yang sentiasa lembap, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat ini.
Ads
Kehadiran kulat pada buah betik dapat dikesan apabila kelihatan luka atau lebam kecil pada permukaan buah berbentuk bulat. Peringkat awal ia akan mengeluarkan getah. Lama kelamaan bahagian tersebut akan mengeras. Ada juga bahagian yang dijangkiti menajdi besar hingga menyebabkan buah membusuk apabila tiba masa matang
4. Daun layu
kehadiran bakteria Bacteria papayas akan menyebabkan daun yang masih muda pun mengalami keguguran. Peringkat awal, daun akan terkulai dan mula menguning sebelum gugur walaupun bahagian daun yang lain dalam satu pokok kelihatan sihat.
Jika langkah pengawalan tidak dilakukan segera, bahagian pucuk juga akan dijangkiti dan membusuk seluruh pokok
Ads
5.Papaya mosaic virus
Warna daun betik menjadi tidak rata dan kasar disebabkan oleh kehadiran papaya mosaic virus (PMV) Kehadirannya menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan daun terbantut. Jika langkah kawalan tidak diambil segera, ia akan menyebabkan masalah produktiviti buah betik.
Tip mencegah serangan penyakit betik ketika musim hujan
1.Perbaiki saliran atau sebaiknya sediakan laluan mahupun longkang sementara di antara pokok untuk memudahkan air hujan di hbawa kelaur dari kawasan betik.
2.Bila kelihatan ada pokok yang diserang penyakit, segera buang hingga ke bahagian akar pokok yang dijangkiti. Sebaiknya dimusnahkan sepenuhnya pokok tersebut dengan cara membakar. Ia bagi mengelak dari bakteria atau virus yang dijangkiti merebak ke tanaman lain
Ads
3.Mencegah dengan menggunakan semburan serangga sebaiknya secara organik. Namun jika cara organik kurang ampuh, boleh cuba gunakan racun kimia namun dalam nisbah yang amat minimum
Tanam Sayur Tak Baja Pun, Tapi Tumbuh Subur Dan Daun Lebar-Lebar . Kebiasaanya, kalau nak tanaman subur sudah pasti selain penjagaan yang rapi pembajaan juga antra yang penting. Tapi, tak sangka pula tanam sayur tak letak baja pun boleh hidup subur. Rahsia sayur subur tanpa baja ini dikongsikan oleh Mira Edora. Jom kita lihat cara-caranya
Saya jenis pemalas. saya rajin siram je. so siapa macam saya boleh teruskan bacaan
Hari pertama menyemai
Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
Hari sama semai, siapkan terus tempat tanaman.
Korek batas cetek, lalu letaklah baja.
Pilih baja ikut suke : kompos / vermikompos / tayam / tkambing / kopi / npk15. pilihan baja anda menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
Saya suke tayam : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
Kalau tanah keras, tambahlah tanah siap campur yang 6in1, 4in1. kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
Kalau sebelum ni tanam dah bantut je maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian.
Lepas tu tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). tak perlu dalam sangat. maksudnye baja tu nanti tak dalam sangat tapi atas sekali tu ia tak terdedah.
Hari ke 2 sehingga hari ke 7/10/15. Siram semaian, siram sekali batas / pasu. siram semaian 2 kali sehari. siram batas sehari sekali dah memadai. time ni akan naik rumput2 (jika ada) buang la rumput2 tu.
Hari ke 7/10/15 ialah hari pindah ke batas. hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar. biji benih tak perlu tutup-tutup, letak tepi rumah.
Gembur manja permukaan batas sebelum lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok. pindah pada waktu petang.Jom beli biji benih berkualiti dan murah kat sini https://invol.co/cl7z8le
Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. point ni paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
Apa itu kotiledon? merupakan sebahagian embrio yang penting dalam biji benihtumbuhan. Ketika percambahan, kotiledon-kotiledon biasa menjadi daun-daun pertama untuk bercambah.
Bila tanam dalam — akar lebih stabil — mampu serap nutrient dengan baik — pokok jd gemuk.
13. Hari ke 7/10/15 sehingga tuai. siram 2 kali sehari sehingga tuai. Tak perlu baja lagi
14. Kawalan serangga ikut suka. boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga tu
P/S:
Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung. sama macam ni tapi saya akan baja lepas sebulan. kadang tak baja pun.
Ini untuk berkebun makan sendiri, kalau niaga lainlah caranya.
Ini cara saya, cara tiap orang berbeza2. saya minta maaf kalau ada yang tak setuju
Tanam Sayur Tak Baja Pun, Tapi Tumbuh Subur Dan Daun Lebar-Lebar
Nak hasilkan bandi yang banyak, bukan sesuatu yang mudah. Walau pun telah diberi baja dan penjagaan yang rapi, belum tentu hasilnya optimum. Ini kan lagi untuk hasilkan pokok bendi bercabang. Puan Wahida Hambali, pemilik Sri Organik berkongsi cara untuk hasilkan bendi bercabang untuk hasil yang lebih banyak.
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point
Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting utk pokok berkembang dengan baik
3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini. (Klik sini)
4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar seminggu sekali. Jadual juga ada saya sertakan pada posting sebelum ini. (Klik sini)
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan tidak perlu, kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah utk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.