Peredaran masa berlalu, bukan sahaja teknologi yang mengalami revolusi, begitu juga tanaman seperti bunga kertas. Bunga kertas antara tanaman yang paling tak cerewet dan tak kedekut bunga. Di pasaran, terdapat pelbagai bentuk dan tekstur bunga kertas yang menjadi buruan. Namun, harganya boleh tahan mahal. Boleh mencecah harga ratusan ringgit walau hanya untuk saiz anak pokok.
Cara mudah dan murah, Impiana galakkan untuk anda membeli keratan batang. Walupun agak risiko pokok tak menjadi, tapi ia adalah kaedah terbaik untuk pembiakkan bunga kertas. Berikut, IMPIANA senaraikan jenis-jenis bunga kertas yang unik boleh di beli dari “trusted seller” di Shopee
5 keratan batang RM 9. Nak beli, ni link nya https://invol.co/cl3mw39
Dari kedai yang sama, 5 keratan batang RM 9.00 https://invol.co/cl3mwbd
Bunga kertas bidadari ni mempunyai tona yang unik. Hanya Rm 9 untuk 5 keratan batang. Nak beli, boleh klik link ni https://invol.co/cl3mwp2
Kenapa nama ID nya Red Snoe Leaves? ini disebabkan daun muda akan berwarna putih dan bertukar menjadi hijau apabila cukup matang. Unik sangat. Nak beli, klik je link ni https://invol.co/cl3mwri
cantik dan unik corak kepayas ni. Harga nya sedikit mahal Beli je online dekat kedai ni https://invol.co/cl3mwwu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Program i-MILIKI Kini Menawarkan Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Bagi Pemilikan Rumah Pertama
Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Astro Awani
Baca artikel seterusnya di bawah;
Nak Beli Rumah Jangan Ikut 5 Kepercayaan Karut Ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pilih Langsir Ikut Kesesuaian Dinding, Elak Rugi Bila Dah Tempah Tapi Tak Sesuai
Pilih langsir ikut kesesuaian dinding, elak rugi bila dah tempah tapi tak sesuai. Adakalanya terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini untuk ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.
Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. Berikut dikongsikan enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding rumah anda.
DINDING RENDAH
Kediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi.
Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang. Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.
DINDING TINGGI
Adakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir . Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.
Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
DINDING ADALAH JENDELA
Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang.
Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.
PADANAN IDEAL
Pastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.
Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut.
Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total .
KESILAPAN LAZIM
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Misalnya:
*Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
*Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
*Memilih aras langsir yang agak senteng
*Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
*Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Tanam Pokok Dalam Kolam? Ini Jenis Water Plants Yang Sesuai
Kehadiran tumbuhan lengkapkan ciri semula jadi taman air
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature ini. Rahsia kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) telah banyak dikongsi oleh IMPIANA.
Tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah. Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada serta menceriakan air terjun di halaman anda.
Tanaman air pinggiran merupakan tanaman yang dapat hidup di dalam kawasan lembap atau tanah yang mengumpul kelembapan. Tanaman jenis ini biasanya kelihatan di pinggiran kolam ataupun ditanam di dalam pasu yang ditenggelamkan ke dasar kolam. Terdapat pelbagai pilihan tanaman air pinggiran yang boleh didapati dalam iklim tropika Malaysia, namun hanya sebahagian sahaja yang mengeluarkan bunga.
Antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh diterapkan di taman air anda adalah daripada keluarga Cannaceae. Rata-rata pembaca pasti mengenali spesies Canna yang mempunyai daun lebar dan bunga pelbagai warna seperti merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya tanaman ini dijadikan tanaman di kawasan lapang kerana cara hidup yang memerlukan cahaya matahari penuh. Tetapi tahu kah anda Canna juga sesuai dijadikan tanaman pinggir kolam?
Canna glauca adalah antara spesies Canna yang mampu hidup di dalam air. Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
Selain daripada itu, terdapat juga tanaman air pinggiran berbunga ungu mampu menimbulkan kelainan kepada binaan air terjun anda. Pontederia cordata, Eichhornia crassipes dan Thalia dealbata adalah antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasive Thali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
Selain warna ungu dan kuning, merah bunga Lobelia cardinalis juga dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran air terjun di perkarangan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik dengan kejernihan jatuhan airnya, air terjun juga mencipta keindahan dan persekitaran semula jadi bagi makhluk yang mendiaminya. Manakala, tanaman air pula memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem elemen landskap tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI