Tanaman cili atau pokok cili memang perlu dilindungi daripada serangan serangga berwarna putih agar pertumbuhannya menjadi sihat. Apabila serangga perosak menyerang, daunnya akan menjadi kerinting dan bergulung, mengganggu kecantikan pertumbuhannya.
Oleh itu, penulis ingin berkongsi petua penjagaan yang dapat membantu mencegah daun tanaman cili daripada mengalami masalah tersebut.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
Sembur ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.
Kenapa guna syampu kanak-kanak? Sebab shampu ini tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan. Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan. Selamat mencuba
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pengering Baju ‘Dryer’ Ramai Yang Tak Tahu Fungsi & Kelebihan Dryer Ini
Mesti Baca:Apa Itu Vented, Condenser & Heat Pump? Jom Ketahui Fungsi Setiap Jenis Mesin Pengering Baju
Artikel Menarik:Peralatan Di Dapur Bukan Sekadar Ikut Suka Hati Letak Hingga ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.