Berbudi kepada tanah tidak pernah merugikan. Menanam cili dan sayur-sayuran di kawasan rumah adalah antara inisiatif yang boleh kita lakukan dalam mengurangkan kos hidup yang kian meningkat terutamanya di kawasan bandar.
Namun, tidak semua orang bernasib baik dapat menuai hasil dari pokok yang ditanam. Sebenarnya untuk dapatkan pokok yang lebat berbuah kena ada usaha lebih bukan dengan berharap tangan ‘sejuk’. Bagi yang nak hasil pokok cili yang ditanam di rumah berbuah banyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh Harun Arun
.Ramai yang bertanya tentang pokok cili ini. Ini jawapan saya;
1. Pokok cili ini ditanam dalam polibeg saiz 16×16, ada yg tanam 1 pokok ada yang 2 pokok.
2. Medium yang guna tanah sawit sisa boiler 80% dan cocopeat 20%. Baja asas yang digunakan adalah baja kopi 888, lebih murah. Seminggu letak 1 sudu besar, bergantung pada usia dan besar pokok.
Calcium ini penting untuk pembentukan sel buah dan pucuk baru. Selalunya dalam perebutan ini buah akan kalah, jadi timbul simptom buah jadi busuk pada bhgian hujung cili, mengerekot, pendek.
Boron pula fungsinya adalah untuk mudahkan pergerakan calcium ke buah. Calsium boron ini boleh dibeli secara online juga.
4.Untuk kawalan serangga cuma guna cuka kayu saja seminggu 2 atau 3 kali bergantung pada keadaan cuaca.
5.Tip pokok rendang: kena rajin cubit pucuk atau buang bahagian hujung pucuk supaya tumbuh dahan baru.
Ini contoh foliar calcium boron dan hormon ikan yang digunakan.
Tiada istilah tangan sejuk atau tangan panas kerana apa yang penting adalah menggunakan medium yang sesuai, benih berkualiti dan penjagaan yang konsisten. Selamat bercucuk tanam, semoga dengan tip ini pokok cili anda membuahkan hasil yang banyak.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.