Pokok Eucalyptus Pewangi Semula Jadi Yang Menyegarkan, Tak Perlu Dah Guna Spray/Lilin

Share

Pokok eucalyptus pewangi semula jadi yang menyegarkan, tak perlu dah guna spray/lilin. Pokok eucalyptus sangat menyegarkan jika diletakkan di dalam tandas. Ia memberikan aroma yang wangi. Pokok eucalyptus merupakan spesies pokok hutan yang berasal dari Australia.

Pokok eucalyptus juga dikenali sebagai pokok kayu putih. Di Australia, ia sinonim dengan habitat beruang koala. Selain Australia, beberapa genus eucalyptus ditemui di Indonesia dan Papua New Guinea.

Bagaimanapun beberapa pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) kurang bersetuju pokok eucalyptus diletakkan sebagai tanaman hiasan yang dikatakan alat pembersih udara semula jadi.

Kredit foto: Pexels

Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab berkata, setakat ini tiada penyelidikan menyatakan ia boleh membersihkan udara secara semula jadi. Namun penggunaan sebenarnya adalah sebagai pewangi memang tidak dinafikan.

Beliau berkata, minyak pokok ini boleh digunakan sebagai pewangi yang menyegarkan, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.

“Selain itu, ia juga sebagai ramuan dalam minyak angin atau urut. Minyak tersebut mengandungi cineol yang mudah meruap dan memberi bau yang sangat kuat.

“Disebabkan itu, ada orang yang suka kepada bau segar ini akan menjadikannya keratan untuk digantung di ruang yang perlu kepada kesegaran seperti bilik air.

Berikut perkongsian daripada seorang pengguna, dinashuz

You all tau tak kita boleh wangikan rumah especially bilik air dengan fresh eucalyptus? You can either letak dalam vase with water or let it dry, lama juga wangi tu bertahan. I paling suka gantungkan dekat dengan shower so bila mandi tu rasa refreshing sangat, and if kita mandi air panas, hot steam akan release eucalyptus oil tau.

Eucalyptus ni bukan sahaja wangi, it has a lot of benefits like promoting relaxation, relief cold symptoms, so kalau you selalu ada allergies and sinus, cuba inhale eucalyptus. If you letak dalam air, every few days trim batang dekat bawah each time tukar air, dia akan bertahan lama nak dekat sebulan dia boleh tahan tau.

Sekarang I nak cuba avoid lighting up too many scented candles or spray room fragrance, sebab toxic untuk indoor air quality. Sekali sekala takpe tapi jangan hari hari ok. Kita cuba wangikan rumah secara natural jom!

Menurut Pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Daljit Singh Karam, pokok ini banyak digunakan dalam industri perkayuan, pulpa dan kertas termasuk perubatan seperti penghasilan minyak angin dan pengawal perosak semula jadi.

Antara produk utama eucalyptus terkenal termasuk kertas A4 Double A, minyak pati, minyak angin dan pulpa. Eucalyptus hibrid ini adalah solusi kepada kekurangan sumber kayu dan mampu mengekang penuaian sumber kayu dalam hutan negara kita yang amat berharga.

Sementara itu,  Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Univeristi Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, (UPMKB), Dr. Keeren Sundara Rajoo menyatakan pokok Eucalyptus mempunyai kebaikan kepada saluran pernafasan.

Kredit foto: Pexels

Pati minyak yang dihasilkan dari pokok ini dapat menghasilkan rasa yang menenangkan dan menyegarkan apabila dihidu. Disebabkan itu minyak kayu putih dijual secara meluas dan ianya dapat membantu individu yang mengalami masalah pernafasan seperti asma atau alahan, namun kajian masih terhad dalam bidang kesihatan.

“Pelbagai kajian yang dibuat membuktikan bahawa tumbuhan hijau dan semula jadi memberi kesan positif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Jika anda meletakkan pokok eucalyptus di dalam rumah ia akan mengubah suasana rumah lebih santai dan tenang, namun kajian yang teliti mengenai keberkesanan sebenar belum disahkan.

“Jadi sebagai peringatan kepada semua, pokok ini mengandungi sebatian yang berbahaya kepada manusia kerana sesetengah orang mengalami alahan sehingga mengakibatkan ruam, sukar bernafas, atau sakit mata yang teruk,” katanya.

Sumber: upm.edu.my dan Instagram dinashuz

Kredit foto: Pexels

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

Published by
webadmin