Pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari dengan baja DIY campuran tiga bahan. Kalau ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun adakalanya pokok-pokok hiasan yang ditanam tidak mengeluarkan bunga. Hanya banyak daun sahaja.
Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.
Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian/mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga. Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya juga tidak mahal.
BAHAN:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.
3. Peram selama tiga hari paling minimum. Lebih lama diperam lebih baik.
4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam dalam botol air mineral tadi biar semua bahan jadi sebati.
5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.
6. Siram pada batang pokok sahaja.
Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.
Sumber: Nurul Shima
BELI POKOK HIASAN DI SINI
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI