Buat pecinta tumbuhan, pokok yang ditanam layu tak bermaya dek cahaya panas memang meruntum hati.
Lagi frust kalau ia kerana kita terlupa siram. Jangan risau, kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, cepat cepat buat langkah seperti yang dikongsi oleh Mohd Azrin Roselan .
Tip pulih pokok layu
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam untuk bertenang. Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.
Ads
1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
3. Kemudian biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
Bawang merah antara bahan masakan penting yang digunakan ketika memasak. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga bawang menyebabkan ramai mengeluh.
Bagi menyelesaikan kemelut ‘bawang’ yang tiada kesudahan, apa kata kita tanam je sendiri di laman rumah. Cara penanamannya pun senang saja, boleh ikut perkongsian Azlina Mat Lazim ini.
Senangnya tanam bawang
1. Jika mahu tanam ubi bawang potong sedikit akar dan kepala bawang.
2. Jika untuk daun, hanya potong kepala bawang hingga nampak isi tengah.
Tujuan potong kepala bawang adalah utk percepatkan proses pengeluaran daun bawang.
Bawang yang dipotong akar tak boleh diambil daun nanti mati pokok bawang berebut nutrien
3. Untuk tanam bawang medium 2:1 Pasir dan tanah.
4. Penjagaan: Bawang tak perlu racun serangga sebab serangga pun takut dgn bawang. Bau busuk. Gunakan baja masa mula tanam saja. Saya tak guna baja.
Kena ingat bawang macam kambing, tak suka air. Jangan rajin siram bawang. Siram tengok keadaan.
5. Bila tunas bawang dah muncul tak perlu timbus. biarkan saja. Kalau bawang dah keluarkan bunga, kena buang. Kalau tidak ubi bawang kurus/kecil.
6. Tempoh matang ubi ni hanya 2 bulan lebih. Jadi kalau nak kenduri guna bawang banyak bolehlah tanam sebelum tu.
Tanam bawang hanya pada MUSIM PANAS tapi kalau untuk daun sahaja tiada musim. Tanam saja cuma kena pandai kawal air.
Tanam bawang BESAR (ubi banyak). Bawang kecik (ubi sikit).
Dah boleh tuai!
Kalau berhajat nak kenduri kendara dan guna banyak bawang bolehlah mula tanam dari sekarang. Selamat mencuba!
Bilik air yang bersih dan wangi merupakan impian bagi setiap penghuni rumah.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri pewangi bilik air ni. Barulah bilik air kekal sentiasa wangi. Tak perlu beli pewangi mahal-mahal, hanya gunakan 2 bahan je. Memang mudah dan menjimatkan.
Cuba buat sendiri pewangi bilik air seperti yang dikongsikan oleh Puan Azlin Alias ini. Memang mudah dan menjimatkan.
Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut.
Bahan-Bahan:
Pelembut Pakaian
Ubat Gegat
Bekas lilin/ bekas kosong
Cara Membuat:
1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin.
2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
3. Selepas itu, letakkan di sudut bilik air.
Siap! Semoga bermanfaat.
Selamat Mencuba.
Impiana : Menariknya tip ini. Wangikan bilik air guna 2 bahan je. Memang mudah dan jimat. Boleh cuba nanti.
Buah Melon atau Golden Melon semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kita. Isi Golden Melon manis dan rangup, dan bentuknya yang bulat dan cantik sangat popular.
Perkongsian Yazid Nazry’s menerusi laman Facebooknya bagus untuk dijadikan panduan untuk menanam tumbuhan ini di rumah.
Beliau mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar hasil tanaman golden melon yang diusahakan di sekeliling rumahnya.
Yazid mula menanam di rumahnya semenjak gelombang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Bermula sebagai hobi dan pada masa yang sama ingin mempelajari perkara baru, beliau tidak menyangka bahawa usaha tersebut kini menjadi pendapatan tambahan baginya. Antara jenis golden melon yang diusahakan adalah seperti chanchai, khaitongkham, R41, serta melon sweet emerald Malaysia.
Menurut Yazid, beliau memanfaatkan setiap ruang di sekeliling rumah yang nampak terhad pada masa itu. Ia bermula dengan keluasan 1.2 x 5 meter sebelum beliau mendapat peluang berpindah ke rumah yang mempunyai kawasan lebih besar. Dari situlah, beliau dapat meningkatkan jumlah tanaman.
SISTEM MINI FERTIGASI
Bercerita lanjut, Yazid berkata, hanya dengan modal RM100, beliau memulakan tanaman dengan menanam 10 batang pokok melalui sistem mini fertigasi.
Bilangan pokok kemudian ditambah sedikit demi sedikit dan sistem tanaman dinaik taraf. Pada permulaan, beliau menanam 10, 15, 30 hingga 200 pokok dan kini sudah mencecah 900 pokok. Beliau mengakui mempelajari cara menanam golden melon hanya menerusi media sosial sahaja.
Setiap bidang pasti ada cabaran yang menanti, demikian juga bagi Yazid yang perlu bijak membahagikan masa memandangkan beliau mempunyai kerjaya tetap dan berkebun hanyalah sebagai sampingan sahaja. Tanam pokok ini memang sangat mencabar, tapi disebabkan minat, beliau teruskan juga. Cabaran pertama adalah dari segi kekangan masa kerana beliau hanya ada masa sebelum dan selepas waktu kerja untuk menjaga tanaman.
Sensitif dan Tidak Boleh Terdedah Hujan
Yazid berkongsi bahawa golden melon amat sensitif dan tidak boleh terdedah dengan hujan berterusan. Beliau mempraktikkan konsep tanaman secara terbuka, yang memerlukan pengawasan pokok setiap hari. Beliau turut mempraktikkan sistem fertigasi dan sentiasa memperbaiki kaedah penanaman dari semasa ke semasa. Kali ini, Yazid menerapkan kaedah HDP iaitu High Density Planting yang memaksimumkan ruang yang ada dengan menggunakan polibeg bantal sebagai alternatif untuk menjimatkan penggunaan baja. Selain golden melon, Yazid juga menanam sayur-sayuran seperti kobis, salad, cili, terung, timun, jagung, sawi dan pelbagai lagi.
IMPIANA : Seronok berbakti pada tanah ni memang banyak manfaatnya. Apabila berbuah, boleh dituai dan dinikmati bersama. Jika rezeki lebih, boleh menjana pendapatan pula.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.