Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.
Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.
Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkanbuah yang banyak. Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.
Ads
Bahan-bahan:
1 Tin Redbull
1Tbsp Ajinomoto
1Tbsp Belacan
10Tbsp MOL buah
20 liter Air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Keutamaan Laman Buat Pemilik
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Patio Kawasan Kegemaran
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
INFO LAMAN:
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat Usia Taman Landskap: 7 tahun Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ Konsep Landskap: English Mix & Match Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki sebuah kediaman yang tenang dan mempunyai privasi optimum. Betul tak? Namun apa kan daya, hiruk pikuk dan kebisingan terutamanya dari jiran berhampiran di tambah pula jalan yang menjadi laluan utama tidak memberi peluang dan kelebihan kepada anda. Tapi, ini tidak bermakna anda perlu melupakan untuk memiliki sebuah kediaman yang kalis bising dan mempunyai privasi buat seisi keluarga. Solusi terbaik adalah dengan menggunakan elemen-elemen landskap seperti berikut
SOUND BARRIER
Perasan tak ada Kawasan highways tertentu, terutamanya yang berhampiran dengan Kawasan perumahan, pihak tol akan menggunakan tembok tinggi. Ia bukan sahaja untuk tujuan mengawal pemandangan di Kawasan yang diletakkan. Ia juga bertujuan mengurangkan impak bunyi bising dari kenderaan. Anda boleh gunkan konsep yang sama iaitu dengan menggunakan tembok dinding lebih 3 meter, hanya kemasanya sahaja perlu ditukar menjadi sesuati yang lebih cantik seperti penggunaan batu bata atau send stone
PAGAR
Untuk mewujudkan privasi yang optimum pada kediaman anda, jangan guna pagar biasa yang warna hijau tu. Sebaiknya pilih material yang lebih padu seperti konkrit, kayu dan sebagainya untuk hasil yang lebih baik, menarik dan cantik
POKOK DAN TUMBUHAN RENEK
Bina pagaran dengan menggunkan tanaman untuk mencegah pencemaran bunyi dan mewujudkan ruang privasi didalam kediaman. Pilih tanaman yang mempunyai daun yang padat sebagai pagaran seperti Eugenia, Baphia nitida dan sebagainya. Nak tahu, tanaman pagaran lain yang sesuai dan cantik [klik sini]
INSTRUMEN ALAMI
Untuk memecah kebinsingan dari kenderaan yang lalu lang atau aktiviti jiran yang kruang menyenangkan, apa kata tambah instrument alami seperti pancuran air. Ia bukan sekadar melenyapkan pencemaran udara yang terdapat dipersekitaran anda malah memberi terapi minda secara tidak langsung
Tanaman hias memang boleh membuat rumah kelihatan lebih segar dan cantik. Namun, perlu diperhatikan bahawa ada beberapa jenis tanaman hias yang boleh menarik semut datang ke rumah.
Berikut adalah 4 tanaman hias yang boleh membuat semut di rumah bertambah banyak:
Bunga Mawar
Bunga mawar sering kali menjadi kegemaran para semut. Hal ini disebabkan oleh nektar manis yang dihasilkan bunga mawar, yang merupakan makanan kegemaran semut. Jadi, jika anda mempunyai bunga mawar di rumah, tidak hairanlah jika semut sering muncul di sekitar bunga tersebut.
Bunga Melati
Bunga melati juga merupakan salah satu tanaman hias yang boleh menarik perhatian semut. Aroma harum yang dikeluarkan oleh bunga melati ternyata mengandungi zat yang disukai oleh semut. Oleh sebab itu, semut sering kali kelihatan di sekitar tanaman melati.
Bunga Kamboja
Bunga kamboja, dengan nektarnya yang manis, menjadi magnet bagi semut. Nektar ini menarik semut untuk datang dan mengerumuni bunga kamboja. Jika anda menanam bunga kamboja di halaman atau taman, berhati-hatilah dengan kehadiran semut.
Bunga Orkid
Bunga orkid juga tidak terkecuali daripada perhatian semut. Nektar yang dihasilkan bunga orkid mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang tentunya sangat disukai oleh semut. Oleh itu, bunga orkid sering kali menjadi tempat berkumpulnya semut.
4 Tanaman Hias ‘Penarik’ Semut, Jangan Pelik Kalau Bertambah Banyak Di Rumah
Cara Mengatasi Semut di Sekitar Tanaman Hias
Jika anda mengalami masalah dengan semut yang banyak di sekitar tanaman hias, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya:
Gunakan larutan air dan cuka untuk menyembur kawasan yang sering didatangi semut.
Taburkan serbuk kopi di sekitar tanaman hias untuk menghalau semut.
Gunakan kapur semut yang boleh didapati di kedai-kedai untuk membuat garisan penghalang bagi semut.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA : Dengan mengetahui jenis-jenis tanaman hias yang boleh menarik semut, anda boleh lebih berhati-hati dalam memilih tanaman untuk diletakkan di rumah. Pastikan juga untuk kerap merawat dan menjaga kebersihan tanaman hias agar tidak menjadi sarang semut.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.