Daun pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia dan banyak digunakan dalam masakan tradisional. Jadi elok sangat kalau tanam sendiri di rumah. Bila-bila nak pakai boleh ambil saja.
Pokok Pandan Subur Tanpa Tanah, Rendam Dalam Air Pun Hidup
Walau pun begitu ada juga yang dah cuba tanam tapi tak hidup atau tak subur pokoknya. Kalau ini yang jadi masalahnya boleh ikut perkongsian Jue Jerry ini.
Beliau menanam pokok pandan menggunakan dua cara, dalam pasu menggunakan tanah dan juga tanpa tanah, cuma rendam dalam bekas berisi air.
Tip jika nak tanam pokok pandan dalam pasu & dalam air
Ads
Saya tanam pandan dalam pasu sebab rumah tiada tanah semuanya bersimen. Cara saya:
1. Dalam satu pasu pastikan cuma tanam 1 atau 2 pokok sahaja pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Kalau ada daun yang rosak, buang.
Ads
3. Gembur tanam dan selalu siram, pokok pandan perlukan banyak air.
4. Jika pokok pandan ada banyak anak, keluarkan anak pokok bersama dengan akar dan rendam dalam air.
5. Boleh biarkan anak pandan terus dalam air atau alihkan ke dalam pasu berisi tanah.
Ads
6. Pandan juga boleh hidup tanpa tanah. Letak dalam bekas berisi air, Insya-Allah akan hidup subur.
7. Paling penting kena selalu tukar airnya untuk elak kehadiran jentik-jentik. Ada juga yang letak ikan dalam yang sama untuk makan jentik-jentik.
Boleh letak pandan ini di dapur, selain untuk mewangikan dapur, ia juga boleh elak lipas datang.
Khasiat Daun Pandan:
Aroma Wangi: Daun pandan mengeluarkan aroma wangi yang unik dan menyegarkan. Oleh itu, sering digunakan untuk memberikan aroma khas pada hidangan.
Pewangi Semullajadi: Daun pandan digunakan sebagai pewangi alami untuk makanan, minuman, dan kuih tradisional.
Penambah Rasa: Selain wangian, daun pandan memberikan rasa yang lembut dan unik pada hidangan seperti nasi lemak, kuih-muih, dan minuman.
Sifat Antioksidan: Daun pandan diketahui mengandungi bahan antioksidan yang boleh memberi faedah kesihatan.
Penyegar Mulut: Air rebusan daun pandan kadang-kadang digunakan sebagai penyegar mulut tradisional.
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Perkongsian oleh Saqdam Zaim Arffainini yang merupakan seorang Peladang Pokok Kantan boleh dijadikan panduan bagi yang mencuba tanam pokok kantan ini di rumah.
Pokok Kantan (Torch Ginger)
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Pengiraan Hasil Pokok (Sebulan)
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
IMPIANA: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Lalang kalau dah panjang hampir semeter mamng susah untuk di hapuskan. Nak menebas, pinggang pula tak berapa nak baik. Nak guna guna racun rumpai pun tak tahu jenama yang mana sesuai untuk lalang. Almaklumlah, lalng ni akar dia degil sikit berbanding rumpai lain. Apa kata kita cuba resepi racun lalang yang dikongsikan oleh Muhammad Najib ni. Hanya menggunakan 2 bahan dapur sahaja, racun lalang yang dihasilkan bukan sekadar mujarab malah bertindak dengan cepat
Rumah yang saya beli baru-baru ini adalah ruang tanah sikit, tidak besar mana tapi dalam 2 atau 3 kangkang kera macam tu.
Bahan-bahan:
3-4 sudu besar pencuci pinggan Sunlight dengan kuasa lemon.
1 botol Cuka masakan buatan (tapi tanpa logo halal ni).
Alat penyembur.
Cara-cara:
1. Campur kesemua bahan di dalam botol dan semburkan pada keselurhan pangkal lalang.
Saya sembur sekali sahaja dan seminggu kemudian bila datang kembali, rumput liar yang hijau tadi dah jadi mati. Kerja seterusnya adalah bawa keluar cangkul dan kerjakan semua rumput tu. Bukan susah mana pun sebab selepas seminggu akar rumput pun dah kering dan mudah dicabut.
cuka masakan mengandungi asid asetik dan asid ni sgt lah tidak ngan dgn tumbuhan. sabun sunlight pula bertindak sebagai ejen pelekit yg memastikan cuka yg disembur melekat elok pada tumbuhan
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
Potong ACP lebih mudah dan kemas guna grinder mata besi. Gunakan self tapping screw.
ACP boleh tahan berat jika panjang sekeping macam polycarbonate. ACP ni dia tak ringan sangat sehingga pagar senang terbuai angin biasa tetapi cukup ringan supaya bracket besi tak turun melendut disebabkan keberatan.
Sebelum
Selepas
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.