Tomato bukan sayur-sayuran asing. Rasa yang masam dan manis memang sedap dimakan mentah dan segar. Tomato juga kaya dengan khasiatnya seperti, vitamin A, C dan K juga pottasium, magnesium dan banyak lagi.

Sebab itu ramai antara kita yang memilih untuk menanam pokok tomato ini di kediaman. Tapi tidak semua yang bernasib baik dapat menuai hasilnya.  Baru membesar tak sempat berbuah dah layu dan mati.

Pokok Tomato Subur & Berbuah Banyak, Kena Ikut Tip Jentik Bunga Ini

Ini kerana pokok tomato ini perlu penjagaan secara rutin barulah tanaman ini subur dan mengeluarkan hasil yang lewat. Berpengalaman menanam pokok tomato sebelum ini MYsarah Mk berkongsi tip yang dilakukan termasuk petua jentik bunga untuk bantu pokok berbuah.

Ujarnya ini pokok yang ditanam sebelum ini dan bertahan hampir 9 bulan, serta mengeluarkan hampir 100 biji buah tomato ceri.

Pokok Tomato Subur & Berbuah Banyak, Kena Ikut Tip Jentik Bunga Ini

Ads

Pengalaman tanam pokok tomato, cara penjagaan & petua

1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batangnya lembut (contoh : ikat pada kayu pancang/pagar)

2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas (ini paling penting). Saya pernah cuba tanam dua kali sebelum ini tapi tanpa teduhan dan tak berapa menjadi.

3. Pendebungaan : Perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.

4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato cepat layu kalau panas & jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam & Ezigrow.

Ads

Pokok Tomato Subur & Berbuah Banyak, Kena Ikut Tip Jentik Bunga Ini

5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu.

6. Buah perlu balut kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.

7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.

Ads

Pokok Tomato Subur & Berbuah Banyak, Kena Ikut Tip Jentik Bunga Ini

Semoga bermanfaat terutamanya buat korang yang peminat tomato ini.

Sumber: MYsarah Mk

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI