Laman

Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

Share

Menanam kunyit dan halia di rumah adalah salah satu cara terbaik untuk menjimatkan kos dan memastikan bekalan herba segar di dapur.

Namun, ramai yang beranggapan bahawa untuk menggunakan kunyit dan halia, kita perlu menggali keseluruhan tanaman dan mengeluarkan rizom (isi) dari tanah. Sebenarnya, ada cara yang lebih bijak dan jimat tanpa perlu menggali keseluruhan tanaman keluar.

Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

1. Guna kaedah potong setakat nak pakai sahaja

kunyit

Saya guna kaedah potong setakat untuk pakai sahaja tanpa korek keluar semua isi halia atau kunyit.

Kuis-kuis tanah dan potong isi sahaja. Kemudian, timbus tutup balik kesan dipotong itu.

2. Halia kena potong batang dan sedikit isinya untuk bertunas baru

Halia pon sama. Potong setakat mana nak je.

Kalau potong batang halia, jangan dipotong batang sahaja. Potong sedikit sekali isinya dan timbus balik secara condong.

Insha Allah, akan keluar tunas baru dari bahagian tepinya. Bila dah bertunas, bolehlah alih ke tempat lain.

Dah 4 tahun tak beli halia dan kunyit

Halia ini asalnya saya tanam dari baki masak dulu-dulu. Rasanya 3-4 tahun dah tak beli halia. Alhamdulillah, saya kerap juga masak guna halia.

Kunyit pun sama, tapi jarang guna kunyit kecuali masak lemak.

Selamat mencuba dan bermanfaat!

Sumber: Asma Muhamad

Mesti Baca: Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP)
Baca Lagi Di Sini: KOMPILASI TIP Penting DAPUR Cantik Selesa, Bersih & Praktikal Dari Segi Rekaan Serta Penjagaan
Artikel Menarik:

Ubah Suai Rumah, Penting Bayar Ikut Progress Kerja Elak Risiko Ditipu Kontraktor
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Published by
Nana