Selain menyediakan fungsi tambahan di tempat kediaman, reka bentuk ‘porch’ atau beranda akan mempengaruhi penampilan rumah secara keseluruhan. Namun, kebanyakan pemilik kediaman hari ini inginkan privacy termasuklah di luar rumah. Sebab itu di bahagian porch banyak yang naik tembok kiri dan kanan rumah.
Tapi nak naikkan tembok konkrit kebiasaannya memakan belanja besar, modal mungkin makan belanja lebih dari RM5k. Bagaimanapun Cik Puan Pae Faez berkongsi cara bajet yang dilakukan untuk menutup dinding bahagian ini.
Menggunakan shera plank dan dilakukan semuanya sendiri oleh suami, dinding porch ini berjaya ditutup dengan cantik. Modalnya pula hanya dalam lingkungan RM1k lebih dan hanya ambil masa seminggu saja untuk menyiapkannya.
Projek gigih seminggu. Ni kami buat dekat homestay. Nak naik batu makan modal jadi kita tutup pakai shera je senang. Cantik pun cantik.
Kemudian terus datang idea nak buat ala-ala pagar macam kat oversea tu. Order lagi shera dan terus buat design pagar tu. Siap boleh cover sampai kolam!
Taraaa… alhamdulillah walaupun homestay, tapi kami nak bagi guest yang menginap puas hati.
INFO DIY
Total shera plank – dalam 37 keping
Kos – dalam RM1k
Masa siap – dekat 5 hari.
Husband buat sorang!
Murahkan buat sendiri. Semoga bermanfaat!
Sumber: Cik Puan Pae Faez
Mesti Baca: Cipta Sudut ‘Favourite’ Di Rumah Dengan Elemen Marmar DIY. Memang Jimat Bajet!
Baca Lagi Di Sini: Atasi Singki Tersumbat Dengan 4 Cara Mudah & Murah, Jimat Poket !
Artikel Menarik:Tukar Almari Lama Dengan ‘Open Wardrobe’ DIY Sendiri. Praktikal & Jimat Ruang!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
@impianamy Ada antara kita akan beli stok yang berlebihan dari keperluan. Tapi, ada beberapa barang tidak digalakkan untuk dibuat stok.Kualiti bahan akan berkurang walaupun belum tiba tarikh luput. Antara barangan yang tidak sesuai dibuat stok ialah seperti berikut. #impiana #dekorasi # #dapur #tip #fyp ♬ original sound – IMPIANA