Hartanah

Pro & Kontra Buat Pinjaman Bersama Beli Rumah, Peluang Lulus Bank Tinggi Tapi…

Share

Pinjaman bersama atau joint loan suami isteri ini kebiasaanya akan mengukuhkan lagi profil kewangan dari perspektif bank dan meningkatkan peluang untuk kelulusan pinjaman.

Tapi perlu diingat, pasangan yang sedang merancang mengambil tindakan ini adalah baiknya menyemak dulu pro dan kontra melakukan pinjaman bersama atau joint loan.

Baca perkongsian yang dibuat dalam thread di Twitter oleh penasihat kewangan Mohd Kauthar Rozmal atau @mohdkautharr tentang perkara ini.

Bagus atau tidak buat joint loan dengan suami

Beli rumah joint loan dengan suami, bagus atau tidak? Mungkin ada yang tak tahu lagi, boleh baca thread ni.

Biasa orang akan joint loan sebab nak kukuhkan profile kewangan. Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami saje 3k, mungkin layak rumah 300k, tapi bila join income jadi 5k, so layak beli rumah 500k-600k.

Jika beli dua nama:
1. Agreement loan ada 2 nama
2. SnP/Geran rumah ada dua nama
3. MRTT(takaful rumah) juga ada 2 nama

Jika suami meninggal dunia apa jadi?

Okay apa akan jadi jika si suami meninggal? Contoh rumah 500k, rumah terbahagi pada 2.

50% – 300k suami punya
50% – 300k isteri punya

Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful. 50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2000, maka si isteri perlu bayar RM1000 sehingga tamat tempoh.

50 % bahagian suami jadi harta pusaka. Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.

Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata.

Kalau parent tetap nak tuntut hak suami

Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya. Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang orang mampu.

Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.

Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah

Adakah sistem faraid salah? Tidak, orang yang salah. Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan. Bukannya dapat harta free pastu blah tinggalkan si balu terkapai.

Apa isteri kena buat

Apa yang kita perlu buat?

1. Tahu siapa waris isteri/suami kita

2. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan

3. Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.

Dalam pda itu ada juga pinjaman perumahan Islamk yang menggunakan dua nama tapi  si isteri tidak perlu membayar rumah jika suami meninggal dunia. Namun begitu bahagian suami tetap perlu faraid.

Sekiranya pihak suami mahu memastikan bahagiannya terus diberi kepada isteri maka sebaiknya membuat hibah bersyarat yang boleh dilakukan melalui perunding kewangan atau perunding harta pusaka @mohdkautharr

Sumber: @mohdkautharr

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Baca Lagi Di Sini:6 Bulan Simpan Bunga Kantan Masih Kekal Segar, Ini Rahsianya
Artikel Menarik:Pokok KANTAN Subur & Lebat Berbunga, Rahsianya Pada Kulit Telur
Mesti Baca:Ini Cara Tanam Kantan Untuk Dapatkan Hasil Bunga Yang Banyak

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana