Khabar gembira khusus bagi anda yang masih belum memiliki rumah pertama kerana kerajaan kini telah mengumumkan pengecualian duti setem 100 peratusbagi pembelian rumah berharga RM500,000 dan ke bawah menerusi program inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
Manakala, bagi pemilikan rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta akan berpeluang mendapat pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus.
Pengumuman program i-MILIKI tersebut telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Katanya lagi, kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga Malaysia seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.
Ads
Inisiatif i-MILIKI melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.
“Pengecualian itu adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya semasa berucap pada pelancaran Home Ownership Programme (Program Pemilikan Kediaman) (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari ini.
Ads
Sebelum ini insentif berkenaan diperkenalkan sejak HOC yang dimulakan pada 2019 hingga 2021 dan masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pemilik rumah ini berkongsi kisah dan barang dekor yang dibelinya secara atas talian sewaktu PKP 1 yang lalu. Masuk rumah baru adalah satu cabaran yang menyeronokkan kerana kita akan mempunyai rasa excited untuk mencantik rumah. Tapi bila musim PKP kedai dekor, kedai perabot semuanya tutup. Nak duduk dalam rumah tak siap dekor mesti rasa bosan dan tak seronok. Jadi Ezzatul Ameera berkongsi cara beliau cantikkan rumah dengan hanya membeli barang dekor atas talian.
“Saya berpindah masa PKP 1. Cabarannya semua barang kena beli online. Termasuk barang-barang elektrik Sikit-sikit lama-lama makin complete rumah ni, Alhamdulillah. Saya share kan sedikit barang yang saya beli murah-murah saja di Shopee buat idea untuk anda semua ni yang nak dekor-dekor rumah semasa PKP. Semoga bermanfaat ye”.
Hikmah sebalik PKP ni rumah pun cantik hati pun senang, poket pun jimat. Inspirasi sungguh rumah milik Ezzatul Ameera ini.
Kredit: Ezzatul Ameera
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki sebuah laman yang indah bukan sahaja menuntut kos malah masa yang banyak. Oleh itu sebelum anda merancang memiliki sebuah landskap menghiasi kediaman, fikirkan tanggungjawab yang perlu diberi bagi memastikan laman yang diidamkan cukup sempurna.
Seperti kediaman yang di kunjungi penulis yang terletak di Rawang. Di miliki oleh seorang CEO syarikat hartanah, kediaman ini menjadi weekend house untuk lari dari kesibukan kota. Laman yang ditata ringkas namun mempunyai identiti tersendiri ini merupakan sentuhan pereka landskap yang tidak asing lagi iaitu Encik Suhaimi Saadon.
Perkenalan lebih dari 10 tahun menyebabkan pemilik yakin dengan air tangan pereka yang selalu menepati cita rasa. “Laman yang belum mencecah usia setahun ini masih banyak yang perlu ditambah baik dan ia dilakukan secara berperingkat,” jelas pereka memulakan kata.
Memandangkan kediaman ini adalah weekend house dan ada kalanya pemilik tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama, matlamat utama pada keseluruhan dekorasi laman ini perlulah less maintenance. Oleh itu, dari pemilihan softscape hinggalah hardscape perlu diperincikan bagi memudahakan urusan pemilik menikmati laman yang sempurna.
Memandangkan ruang landskap ini berbentuk concave, pereka bijak mengolah dengan menjadikan laluan hadapan ke laman yang sempit sebagai transaksi sebelum menuju ke hidden gateway yang menjadi laman utama pada kediaman ini. “Walaupun laman ini masih muda, namun impak dekorasinya telah berjaya dihasilkan kerana kebanyakan tanaman yang dipilih bersaiz matang,” tambah pereka.
Memberi privasi optimum pada lot kediaman ini, pereka memilih gabungan Eugenia Oleina dengan gabungan Diospyros Buxifolia yang mempunyai silara daun padat sebagai tanaman sempadanan. Lantai laman di laluan transaksi ini di hampari batu pemijak konkrit ringkas yang dipadukan bersama cebisan granite. Gabungan kemasan lantai ini bukan sahaja membentuk permukaan yang polos malah mampu mengelak ditumbuhi rumput yang akan menambahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
Menyatukan kemasan lantai laman, tanaman renek dan penutup bumi diselitkan di ruang-ruang tertentu untuk memberi keseimbangan rekaan lantai laman. Antara tanaman yang digunakan adalah seperti Ophiopogon Jaburan, Chlorophytum Comosum, Calateha dan pelbagai lagi.
Menyusuri laluan ini, dihujungnya tersedia laman utama yang menjadi ruang fokus kepada aktiviti outdoor pemilik. Patio berkonsep terbuka disediakan memberi peluang kepada pemilik melakukan pelbagai aktiviti dengan selesa. Memilih jubin bermotifkan floral sebagai kemasan, mengimbau susun galur pemilik yang lahir dari keluarga peranakan. Ruang patio ini juga mudah diakses dari ruang makan kediaman.
Sekaligus, penyediaan patio menambah nilai seni bina kepada keseluruhan dekorasi kediaman ini. Masih mengekalkan pemilihan tanaman less maintenance, namun di ruang landskap utama ini paduan tanaman lebih kompleks. Masih selesa menggunakan Diospyros Buxifolia sebagai tanaman utama, bahagian lantainya dihias dengan tanaman renek pelbagai tekstur bagi membentuk hiraki yang seimbang.
Memandangkan matlamat utama laman perlu less maintenance, pereka memilih banyak tanaman yang tidak berbunga. “Namun di sudut belakang laman, Plumeria Pudica yang berbunga putih dan dahan yang tinggi sebagai tanaman pagaran memandangkan ruang yang tersedia sangat terhad dan membataskan pertumbuhan tanaman berkanopi padat,” terang pereka.
Pemilihan perabot di laman amat ringkas, cukup sekadar bangku metal bersadur rona merah menjadi focal point di ruang patio ini. Treadmark bagi sentuhan Encik Suhaimi Saadon, penggunaan pasu-pasu besar yang mempunyai karakter tersendiri menjadikan laman ini kelihatan lebih hidup.
Bagi memastikan laman indah yang tersedia dapat dimanfaatkan tidak kira di waktu siang mahupun malam, Pencahayaan optimum turut disediakan. “Walaupun tersedia pencahayaan dari lampu pendant, ia tidak mencukupi untuk menghidupkan suasana malam laman. Oleh itu, penggunaan spot light yang diletakkan di bawah pokok bukan sekadar memberi pencahayaan tambahan malah meningkatkan nilai karakter laman di waktu malam,” jelas pereka.
Menghasilkan sesebuah laman memang mudah. Namun, untuk memastikan laman yang diidamkan sentiasa dalam keadaan baik dan dapat dinikmati bila-bila masa, bukan sahaja penyelenggaraan yang menjadi faktor utama. Pemilihan tanaman dan padanan perabot laman juga memainkan peranan penting.
Pemilik: Mr. Jimmy Jenis kediaman: Super link (corner lot) Lokasi: Rawang Konsep: Tropika kontemporari Pereka dan kontraktor landskap: Encik Suhaimi Saadon
Untuk lebih perincian bagai mana pereka landskap dan pemilik kediaman berkerjasama membina laman ini, boleh tonton video 360 yang disediakan ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.