Melihat sentuhan rumah kecil yang terletak di Pasir Mas, Kelantan ini cukup menarik perhatian. Tambahan pula rumah ini dibina sewaktu musim PKP 1, 2 dan 3. Jom kita tengok perkongsian pemilik rumah ini dan apa coretan pemilik ini tetant kediamannya yang dibina bersebelahan sawah padi. Cukup indah pemandangan rumah ini. Kalau anda tak percaya jom IMPIANA kongsikan.
Alhamdulillah siap juga projek pkp 1 2 3 utk rumah rehat sy tengah bendang. Sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi utk interior design tengah mencari idea lagi utk design.
Start pembinaan january 2021 dengan keluasan 368 sqft. Plan asal berkonsepkan studio 14×14 kaki dengan 1 ruang dapur kecil 5×8 kaki & 1 bilik air berkeluasan 5×6 kaki.
Keluasan berenda atas kolam 10×10 kaki.
Dalam gambar ni sy dah sediakan plan keseluruhan. Plan lukis je
Menara tinjau atas tu mula nya xde dlm plan, tp rasa macam rugi kalau x buat. Petang2 @ malam boleh santai2 minum teh sambil ditemani bulan dan bintang
Anggaran jumlah keseluruhan dlm rm50k sekali upah x termasuk landskap bunga2. Nanti dh siap deko dalaman sy share lagi ya. Semoga sedikit sebanyak boleh jadi inspirasi utk sahabat2 yg nak buat tiny house.
Lokasi : kg Belukar , Pasir Mas Kelantan
Kredit : Qaseh Canopy
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pilihan Rona Gelap Jadikan Ruang Tamu Ini Lebih Elegan Dan Eksklusif
Pilihan Rona Gelap Jadikan Ruang Tamu Ini Lebih Elegan Dan Eksklusif. Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .
Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna ini untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.
Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer dalam proses mengubahsuai kediaman.
Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!
KREDIT : MELL AMELIA
Artikel Berikut: Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah
Pengalaman mengembara dan melihat pemandangan indah hasil kunjungan ke pelbagai tempat menjadi inspirasi pemilik untuk mereka bentuk laman ini. Paling unik kebanyakan kerja-kerja kayu dan menukang dilakukan sendiri. Pemilik yang berkebolehan bertukang mengaplikasikan kemahirannya dengan menghasilkan pelbagai binaan utama yang digunakan di dalam laman ini termasuklah pembinaan anjung rumah berkonsepkan desa. Jom kita intai kediaman pemilik di Kajang iaitu Dato’ Syah dan Datin Emma.
Konsep tradisional dapat dilihat di persekitaran luar rumah ini lagi. Bahagian anjung kereta bertutup dan pintu pagar menggunakan kayu cengal dengan ukiran awan larat menonjolkan reka bentuk tradisional jika dilihat dari luar lot rumah ini.
Namun berlainan pula ceritanya apabila kaki melangkah masuk ke dalam unit rumah ini. Reka bentuk kontemporari diketengahkan dan diolah dengan ringkas. Water feature sebagai sense of welcome, menyajikan kedamaian pada sesiapa sahaja yang melangkah kaki memasuki unit kediaman ini. Ditambah dengan kehadiran water curtain yang menyerlahkan lagi impak visual, di samping ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium di bahagian bawahnya menghidupkan lagi suasana.
Dari pengamatan penulis, di anjung kereta jelas kelihatan sebuah taman menghijau pada sisi kanan unit kediaman ini. Latar sempadan unit kediaman dikelilingi dengan pagar kayu setinggi 1.5 meter dan dihiasi dengan tumbuhan tropika di bahagian dalamnya. Kekuatan landskap lembut kediaman dikuatkan lagi dengan kehadiran Foxtail palm, yang berperanan besar di ruangan ini kerana tekstur daunnya bagaikan menari-nari mengelilingi pelepah mewujudkan kepelbagaian tekstur pada penggunaan softscape. Secara tidak langsung keharmonian dan keseimbangan pada softscape di sini memberi nilai tambah pada penampilan keseluruhan kediaman.
Di bahagian bawah Foxtail palm, ditanam pula tumbuhan pagaran iaitu Heliconia spp. menyerlahkan lagi suasana tropika. Untuk mewujudkan cetusan warna, pokok mawar dan beberapa tumbuhan parennial lain ditanam pada ruangan ini. Bangku taman yang dicat putih turut membantu menceriakan laman ini.
Tradisinya, sesebuah taman yang menampilkan konsep tropika mahupun tradisional akan menggunakan pergola sebagai elemen terpenting. Justeru pergola yang dibina sendiri oleh pemilik menutupi sebahagian taman ini menjadi signature ruang luar kediamannya. Ciccuss menjalar ke keseluruhan permukaan pergola dan melindungi kawasan ini dari terik matahari. Kesempatan itu digunakan oleh pemilik untuk menyediakan bangku dan meja taman untuk memudahkan mereka beraktiviti. Ruang ini kerap dijadikan sebagai ruang santai terutama apabila dikunjungi oleh saudara mara dan sahabat handai.
Bagi mewujudkan line movement dalam reka bentuk taman ini, pemilik telah menggunakan railway slipper yang dijadikan sebagai stepping stone menghubungkan anjung kereta dengan patio. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan prinsip reka bentuk dengan mencetuskan impak secara horizontal untuk menyeimbangkan struktur vertical yang terbentuk oleh softscape dan hardscape yang digunakan.
Di sudut bertentangan dengan ruang makan, pemilik telah membina sebuah water feature sebagai instrumen untuk mengurangkan gangguan bunyi dari jalan bersebelahan. Permukaan dinding water curtain yang tidak rata membantu menghasilkan irama apabila air menghempas permukaan batu yang berlekuk merancakkan lagi bunyi desiran air. Elemen ini tidak dibiarkan bersendirian, ia hadir bersama kolam ikan sedalam 1.5 meter yang dihuni oleh ikan koi, ikan kap dan ikan kelah. Kelah memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Oleh itu, pemilik telah menggunakan pam yang berupaya untuk mewujudkan alunan arus deras untuk merangsang tumbesaran ikan kelah tersebut.
Kreativiti pemilik tidak terhenti di situ. Untuk mempelbagaikan level, pemilik telah membina sebuah lagi patio berbumbung sarat dengan ukiran. Kepelbagaian level dalam sesuatu binaan dapat membantu untuk memisahkan kegunaan bagi setiap ruang. Patio tersebut dibina tinggi dari lantai laman dan dikelilingi dengan kolam ikan. Bagi mewujudkan kesan terapung, cantilever berukuran 500mm pada lantai patio dibina.
Pemilik tidak cerewet dalam pemilihan softscape. “Walau ke manapun saya pergi jika ternampak pokok yang menambat hati, saya akan singgah untuk membelinya. Ada juga pokok yang saya miliki dibeli dari laman rumah orang,” terang pemilik, yang kini gemarkan pokok orkid dan cuba untuk membiakkan tumbuhan tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah dalam usaha menambahkan lagi koleksi orkidnya.
“Aktiviti penyelenggaraan kebiasaannya dilakukan seawal pagi sebelum ke tempat kerja dan selepas menghantar anak bongsu saya ke sekolah. Semua penyelenggaraan minor akan dilakukan di waktu pagi. Jika memerlukan penyelenggaraan major, kelapangan di waktu petang akan digunakan. Bekerja sendiri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.” Ulas pemilik mengenai rutin jagaan taman yang dilakukan.
Untuk membina sebuah outdoor living, kegunaan dan keperluan perlu dikenal pasti dari awal perancangan binaannya. Jika reka bentuk dilakukan dengan teliti dan penuh minat, seisi rumah dapat merasai dan memanfaatkan hasilnya. Kualiti dan jaminan hidup bergantung pada persekitaran yang terbina di samping hubungan antara isi rumahnya terjaga. Oleh itu, curahkan sepenuh jiwa apabila mendedikasikan sesebuah reka bentuk laman itu supaya ia berjaya.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ingin Buat Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri? Ini Idea Untuk Penataan Meja Hidang Yang Menarik!
Setelah seminggu sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri berlalu yang diraikan dengan penuh kemeriahan, pasti ada yang di kalangan anda sudah mula merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Betul tak?
Bagi anda yang mahu mengadakan majlis rumah terbuka, sudah semestinya anda harus melakukan pelbagai perancangan supaya majlis rumah terbuka yang bakal diadakan berjalan dengan lancar dan teratur.
Sekiranya mahu mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, sudah pastinya dekorasi hiasan dalaman kediaman berada dalam keadaan kemas, bersih serta cantik.
Ini kerana, ketika majlis rumah terbuka diadakan sudah pasti ramai para tetamu yang akan hadir dan berkunjung ke kediaman tercinta anda.
Selain dekorasi hiasan dalaman kediaman yang harus dititikberatkan, penataan meja hidang juga perlu diambil kira dengan menghiaskan secantiknya menggunakan pelbagai aksesori yang menarik.
Bagi anda yang sedang buntu mencari idea penataan meja hidang yang menarik, mari IMPIANA kongsikan beberapa contoh idea yang boleh dijadikan sebagai panduan dan sumber inpirasi kepada anda semua.
Foto: Facebook Decor Rumah Cara Kita
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Sebelum Pulang Beraya, Pastikan 10 Langkah Keselamatan Ini Telah Dilakukan
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI