Melihat sentuhan rumah kecil yang terletak di Pasir Mas, Kelantan ini cukup menarik perhatian. Tambahan pula rumah ini dibina sewaktu musim PKP 1, 2 dan 3. Jom kita tengok perkongsian pemilik rumah ini dan apa coretan pemilik ini tetant kediamannya yang dibina bersebelahan sawah padi. Cukup indah pemandangan rumah ini. Kalau anda tak percaya jom IMPIANA kongsikan.
Alhamdulillah siap juga projek pkp 1 2 3 utk rumah rehat sy tengah bendang. Sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi utk interior design
tengah mencari idea lagi utk design.
Start pembinaan january 2021 dengan keluasan 368 sqft. Plan asal berkonsepkan studio 14×14 kaki dengan 1 ruang dapur kecil 5×8 kaki & 1 bilik air berkeluasan 5×6 kaki.
Keluasan berenda atas kolam 10×10 kaki.
Dalam gambar ni sy dah sediakan plan keseluruhan. Plan lukis je
Menara tinjau atas tu mula nya xde dlm plan, tp rasa macam rugi kalau x buat. Petang2 @ malam boleh santai2 minum teh sambil ditemani bulan dan bintang
Anggaran jumlah keseluruhan dlm rm50k sekali upah x termasuk landskap bunga2. Nanti dh siap deko dalaman sy share lagi ya. Semoga sedikit sebanyak boleh jadi inspirasi utk sahabat2 yg nak buat tiny house.
Lokasi : kg Belukar , Pasir Mas Kelantan
Kredit : Qaseh Canopy
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA