Puas Hati Lihat “Makeover” Bajet Dekor Dapur Rumah Sewa. Banyak dah Impiana kongsikan hasil dekorasi rumah sewa oleh penyewa yang pandai menjaga rumah. Terbaru, Nun Niesa turut berkongsi renovasi yang dilakukan terhadap rumah sewaan nya. Yang paling menarik perhatian Impiana adalah makeover yang dilakukan di ruang dapur.
Bermula dari PKP kali ke-3 yang lalu. Masa tu, ada buat ubah suai rumah sikit untuk tambah siling. Asal rumah ni tak ada siling dan masa tu terfikir nak dekor saja-saja.
Tambah dah ada anak kecil, panas kalau tak ada siling. Oh! lupa nak bagi tahu, ni rumah sewa je. Saya request dekat tuan rumah untuk tambah siling.
Alhamdulillah, saya diberikan tuan rumah yang baik hati. Tuan rumah ok je untuk tambah siling dan tak mintak langsung kami tambah duit. Yang penting, tuan rumah nak kami jaga rumah macam rumah sendiri.
Baajet tak ada lah keluar banyak pun sebab semua hasil DIY sendiri. Barang pun banyak yang saya beli dekat Shopee. Jadi, nak tunggu barang sampai tu makan masa sikit. Jadi, perlu bersaabr je lah. Dalam masa sama, saya perlahan-lahan dekor rumah.
Lepas tu, tengok dekat group dekor ramai pulak yang hias dapur. Tapi, kebanyakkannya warna pink kan? saya terdetik nak buat warna lain dari lain. Makanya,saya teringat warna soft mint yang saya lihat di Instagram.
Untuk dekor ruang dapur, bajet saya tak ada lah banyak sangat. Semua dari shopee. Untuk cabinet dan meja dapur tu, kebetulan saya bekerja di kilang perabot sebagai pereka. Jadi, saya reka khas dapur kabinet ikut saiz dapur dan tempah terus di tempat kerja.
Tak mewah macam dapur orang lain. Tapi, nampak lah kemas dan selesa untuk saya selalu masuk dapur. Sebelum ni nampak bersepah. Nak-nak pula, dah ada anak kecil kena minimalis kan semua. Suami pun memahami dan banyak memberi sokongan untuk saya ubahsuai rumah ni. Secara tak langsung, saya dah jimat. Tak eprlu kelaur duit upah bayar tukang sebab suami saya yang banyak buat DIY je
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bahan ringkas, boleh je hasilkan menu yang sedap dan pasti akan menajdi kegemaran seisi keluarga. MCO 3.0 ni mesti mak-mak pening kepala nak fikir menu apa. Lebih-lebih lagi untuk juadah minum petang. Hari ni, Impiana nak kongsikan resepi Kuih Bom yang popular di Pantai Timur. Yang penting, bahan-bahannya tak rumit dan tak mahal pun
Bahan-Bahan:
1 Cawan Air
1 Sudu Kecil Yis
1/2 Cawan Gula
1 Sudu Besar Marjerin
2 1/2 Cawan Tepung Gandum
Untuk cara penyediaan, apa kata tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda mencari kemasan jubin untuk dinding dapur atau bilik air, yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah jenis subway tile. Ia menjadi pilihan disebabkan oleh fizikalnya yang lebih tahan lasak, High-gloss ceramic dan versatile.
SEJARAH
Subway tile mendapat nama dari laluan transit bawah tanah yang diperkenalkan Bandaraya New York pada tahun 1904. DI awal pembukaannya, kemasan dinding stasyen kereta api bawah tanah ini telah menggunkan kemasan jubin berukuran 3inci x 6 inci berwarna putih. Ia menajdi perhatian umu dan dari situ bermulanya pengenalan subway tile.
KEGUNAAN
Subway tile kebiasaanya digunakan sebagai kemasan dinding di dalam bilik air mahupun backspalash dapur. Permukaannya yang licin memudahkan proses membersihkan sebarang kotoran yang melekat terutamanya di dapur. Namun tidak bagi kemasan lantai. Permukaannya yang licin mengundang bahaya kepada pengguna
Yang lebih menarik, material yang diguna untuk menghasilkan jubin turt pelbagai. Antaranya adalah dari kaca.
Terdapat pelbagai susunan subway tile dan setiap satunya mempunyai kesan atau impak visual yang berbeza kepada sesuatu ruang. Berikut inspirasi subway tile yang menjadi tren terkini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perasan tak, kebanyakkan chef profesional akan tabur garam tinggi-tinggi? Tingginya tu boleh dikatakan lebih 1 kaki dari makanan atau masakkan. Berbanding, teknik taburan garam masakkan oleh orang kebanyakkan adalah dalam ketinggian 2-3 inci sahaja. Apa beza kedua-dua teknik taburan garam ini? adakah ia menjadikan makanan anda lebih sedap?
Ananaifa Foods berkongsi ulasan mengenai isu ini di facebook akaun miliknya.
Secara ringkasnya, Kalau menurut Chef Jamie Oliver, dengan menjentik garam dalam jarak jauh tersebut, akan menghasilkan sebaran garam yg sekata pada permukaan makanan tersebut, & boleh dapat best flavour katanya
Tapi mesti ada yg akan kata, kita boleh je ratakan seasonings hat 3 inci & 8 inci tu guna sudu, jemari mahupun telapak tangan. Memang betul. Sebenarnya, tak ada istilah betul atau salah kerana ia hanyalah salah satu jenis kulinari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.