Cha-om (petai siam) atau nama botaninya Senegalia pennata dipercayai berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Cha-om adalah pokok renek kecil dengan duri pada dahan dan batang. Ia mengeluarkan pucuk baru sepanjang tahun dan paling banyak dalam musim hujan. Pokok Cha-om merupakan sayuran yang sangat digemari di kalangan rakyat Thailand, Kemboja dan Laos. Bahagian pokok yang dimakan adalah pucuk atau daun muda.
Selain sebagai ulam, pucuk pokok Cha Om juga boleh digunakan sebagai campuran masakan dalam telur dadar dan lain-lain menu seperti masakan goreng atau berkuah mengikut resepi tempatan.
Khasiat Cha-om
Masyarakat Utara Asia gemar memakan cha-om disebabkan ia antara tanaman yang kaya dengan pelbagai vitamin. Tambahan cha-om dikategorikan sayuran liar yang murah dan mudah didapati.
Cha-om mengandungi vitaman A, vitamin B, vitamin C, Kalsium dan iron. Disamping itu juga, ia menjadi sumber terbaik membekalkan keperluan fiber dan phosphorus yang diperlukan oleh badan. Nutrisi yang terkandung di dalam cha-om seperti Beta sitosterol membantu merendahkan kadar kolesterol di dalam badan dan ia merupakan sayur yang mengandungi antioxidant. Secara tidak langsung si pengamal cha-om dapat menjamin kesihatan yang baik.
Cara penyediaan telur dadar cha-om
Bahan-bahan
Secawan pucuk petai belalang – ambil pucuk sahaja
3 biji telur ayam – gred A
2 biji cili padi – jika suka
secubit garam
1 sudu teh sos ikan atau sos sotong thai
minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan pucuk petai belalang, telur, cili padi, garam dan sos ikan/sotong ke dalam mangkuk besar, pukul dengan garfu dalam 1 minit hingga bercampur.
2. Panaskan minyak dan tuang telur yang di pukul tadi ke dalam kuali. Setelah telur tersebut masak, alihkan dan biarkan satu bahagian lagi masak (seperti menggoreng telur dadar biasa)
3. Hidangkan panas dengan sos cili thai
Sumber resepi: http://fizalgk.blogspot.my
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI