Punca & Cara Atasi Kehadiran Ular Di Kediaman Anda

Share

HAPUSKAN TIKUS SEBELUM ULAR
Tahukah anda kenapa ular sering masuk ke dalam rumah? Ular tidak akan masuk ke dalam rumah jika ia tidak mencari makanan. Jadi anda harus elakkan makanan ular seperti tikus berada dalam rumah anda. Anda patut risau apabila anda tikus, ada juga pemangsanya iaitu ular.
(klik link ini untuk ketahui cara mudah untuk menghalau tikus) http://www.impiana.my/7-cara-mudah-untuk-halau-tikus-dari-rumah-yang-patut-anda-cuba/

BERSIHKAN RUANG KEDIAMAN
Jika keadaan rumah anda bersepah ia mendorongkan untuk ular masuk ke dalam rumah. Anda perlu sentiasa kemas dan bersihkan persekitaran rumah anda. Rumah yang bersepah merupakan tempat sarangnya ular.

ELAK TANAM POKOK YANG LEBAT &TINGGI
Pokok yang berdaun lebat dan tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa untuk ular. Begitu juga pasu besar yang diletakkan di luar rumah. Ular boleh memanjat masuk ke dalam rumah.

PASTIKAN LUBANG MEMPUNYAI PENUTUP
Ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang meskipun kecil, pastikan ditutup dan dibaiki untuk mengelakkan daripada ular masuk terutamanya di bahagian dinding, pintu dan tingkap.

Bagaimana Jika Terjumpa Ular Dalam Rumah/Bilik?

  • Kurungnya dengan menutup pintu dan letakkan kain di bawah pintu untuk elak ular keluar
  • Jauhkan anak dan haiwan peliharaan dari kawasan tersebut
  • Hubungi bomba untuk dapatkan bantuan

Bagaimana Jika Terjumpa Ular Di Luar?

  • Sembur dengan air sehingga ia lari
  • Buat bunyi bising seperti menghidupkan kereta atau mesin rumput

 

 

Published by
Fakhruddin