Bercerita mengenai duit ini memang menjadi topik yang tiada habisnya. Tapi ramai pula kita lihat masa kini anak-anak muda jadi kaya raya kan? Eh! mereka ni buat business apa agaknya. Tak kisah la business apa pun tapi yang penting halal dan bukan langgar undang-undang negara. Terbaca akan perkongsian Pensyarah Kanan UITM Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad di media sosial beliau dengan topik ‘Mengapa Lambat Kaya’.
Selepas baca tip yang dikongsikan ini harap adalah yang boleh mula berubah dan menjalani gaya hidup yang lebih baik dari sebelum ini. kurang kan hutang. Cuba berbelanja ikut kemampuan. Tidak mengapa kalau di kata miskin, jangan kehidupan realiti kita miskin. Perkataan Miskin tidak semestinya anda miskin tapi mungkin cara berjimat anda buatkan anda kelihatan kurang mampu. Tak salah bukan… bak kata pepatah melayu lama ini ‘Biar Papa Asal Bergaya’. Kita tidak mahu jadi sebegini.
MENGAPA LAMBAT KAYA?
1. Keluarkan wang tunai dari kad kredit, urgent katanya nak buat bayar rim tayar. Kadar faedah yang dikenakan antara 15%-17% dik!
2. Terlalu banyak beli takaful dan takaful yang salah selalunya. Semua ejen kata bagus kita ikut.
3.Pembiayaan semula hartanah untuk bayar hutang lapuk kita, untung refinance rumah katanya.
4. Masuk MLM dan kopi belalang guna pinjaman peribadi, modal berniaga katanya tadi
5. Komitmen hutang hingga 70% dari gaji. Luar biasa tinggi, selagi bank bagi.
6. Pergi seminar mahal bayar guna kad kredit, balik kagum dengan kejayaan orang tapi kita nganga sahaja, orang tipu pun kita percaya.
7. Gila buka Lazada, Shopee dan semua belian online, abang posmen dah kamceng dengan kita.
8. Tabiat bayar minimum kad kredit, sayang duit yang ada katanya. 10 tahun baru habis dia tak sedar.
9. Hutang dengan along yang mau tolong katanya. Pinjam RM10,000 hanya dapat RM8,000. Bayar balik RM25,000!
10. Susah nak cakap tidak bila kawan nak pinjam duit, bangganya bila kawan kata kita bank bergerak mereka.
11. Suka bila ada orang jeling dan puji kereta kita, “Lawa giler City lu bro, dah macam Audi”
12.Tiada tabung dan formula simpanan, ada lebih baru kita simpan
13. Tiada disiplin, awal bulan simpan hujung bulan ambil.
14. Mudah terpedaya dengan skim kaya mudah, cepat dan janji syurga.
15. Beremosi bab belanja, selagi tak beli kita sanggup guling guling hentak kaki kat pavillion tiap hari.
16. Berpegang pada prinsip, yang kaya ini semua yahudi.
17. Malas study, percaya penuh pada sifoo pelaburan padahal dia pun cari makan dengan jual seminar hartanah.
18. Bab sedekah kita rasa rugi, sebab nampak duit kurang. Tak nampak keberkatan yang datang.
19. Beli rumah dengan ganjaran cashback. Rumah dijual bukan pada nilai sebenar, pemaju markup bagi kita dapat buat hutang banyak banyak! Woha… Bank suka.
Kawan kawan,
Lebihkan hati hati dalam hidup ini. Adakala kita rasa dialah penyuluh hidup kita rupanya bawa kita keneraka wang selamanya.
Wow! Padu tak apa yang dikongsikan ni, nombor berapa agaknya anda . Jika dari 19 tip yang dikongsikan ini adalah ciri-ciri anda hentikan cepat kalau nak ada duit dalam simpanan anda sebelum tua nanti. Nantikan topik yang lebih menarik lagi mengenai Tabung kewangan anda bersama IMPIANA.
Kredit : Dr. Azizul Azli Ahmad
Artikel Berikut: Kelebihan Menggunakan Cuka Putih Dalam Cucian Pakaian