Ramai yang berputus asa bila tanam rumput cepat mati dan tak menjadi. Apa punca rumput cepat mati dan tak menjadi? Bukan mudah nak tanam rumput kalau anda tidak kenal pasti jenis rumut yang anda tanam. Jom, IMPIANA bantu anda untuk pelajari cara bagaimana untuk tanam rumput di halaman sendiri dengan modal yang kecil dan menjadi.
PEMILIHAN RUMPUT
Pilih rumput yang mudah untuk dijaga dan sesuai untuk kawasan anda terutamanya dari segi penerimaan cahaya. Di sini perbandingan tiga rumput utama untuk anda pilih mengikut kesesuaian laman anda.
PENANAMAN
Ambil tahu strutur tanah di laman anda, adakah air suka bertakung tatkala hujan? Kenal pasti berapa lama air bertakung dan di kawasan mana yang banyak air bertakung? Ramai yang tidak tahu dan silap, punca pokok atau rumput cepat mati adalah kerana lebihan air, ini akan membuatkan tanah menjadi terlalu lembab dan medium mudah tersumbat tiada rongga untuk bernafas serta tidak mampu memberi nutrien yang baik pada tumbuhan dan juga rumput.
Apabila anda sudah dapat kenal pasti strutur tanah pada laman, rancang sama ada anda perlu membuat laluan air pada kawasan tersebut iaitu menanam subsoil pipe atau tidak? Langkah seterusnya racun rumput atau lalang yang asal biarkan seminggu dua baru anda buang tanah dalam 2 inci bersihkan dan batu-batu yang ada di buang dari permukaan.
Paling penting pastikan batu-batu semua di buang kalau tak nanti rumput bertompok-tompok. Taburkan pasir, kalau anda ingin tahu rumput suka dengan pasir, ia akan memudahkan pertumbuhan rumput dengan cepat. Kalau tak ada masalah budget, buang dalam 6 inci tanah dan gantikan dengan top soil. Dan boleh la, mula tanam rumput pilihan anda.
Selepas tanam rumput jangan lupa buat dan amalkan perkara ini. Kerap SIRAM rumput tersebut, satu hari tiga kali. Awal pagi 7am , tengahari jam 11am, petang jam 5pm . Elakkan menyiram rumput waktu teriknya matahari dan lewat petang selepas jam 6pm. Ikut jadual ini sehingga 2 bulan pertama dan lihat hasil rumput anda akan mula tumbuh dengan meriah dan menghijau.
EDGING
Edging ni amat penting terutamanya mereka yang memotong rumput sendiri. Jika anda potong rumput sendiri, edging yang digunakan adalah batu bata yang sama level dengan tanah. Ingat sama level dengan tanah, bukan sama level dengan rumput. Jadi ketika memotong rumput, tayar mesin rumput tolak boleh sampai ke atas edging ini, dan juga seterusnya membina sempadan antara rumput dan kawasan lain.
PEMBAJAAN
Baja hanya diberikan dalam tiga bulan pertama je. Baja yang sesuai digunakan pada awal-awal dulu adalah baja organik dan diselang selikan dengan baja kimia slow release
15:15:15 + Mg + TE. Selepas tu bila dah stabil tak ada baja di berikan. Hanya sisa-sisa baja dari tanaman pokok lain sahaja. Walaupun rumput sudah semakin baik, pastikan ia tetap disiram pada awal pagi dan petang tidak perlu tiga kali sehari lagi.PEMOTONGAN
Ini part yang paling penting dan salah satu reason kena pilih rumput carpet. Jadual pemotongan hanya sebulan sekali. Dan kerana ciri daunya yang kecil seperti jarum, hasil potongan tidak susah untuk kutip dan buang. Malahan dibiarkan hancur pada rumput tersebut. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pastikan anda menggunakan mesin rumput yang sesuai.
Rumput Masih Hijau walaupun selepas di Potong. Jadual Pemotongan 2 bulan sekali.
TIP memotong rumput
TOP DRESSING
Top dressing dilakukan untuk permukaan rumput yang tidak rata. Ia boleh dilakukan dengan lapisan pasir. Lapisan pasir ni diletakkan pada kawasan-kawasan yang tidak rata. Jika anda mempunyai bajet lebih, pakai tanah hitam yang subur atau potting soil. Penggunaan tanah hitam juga mampu menyuburkan pertumbuhan rumput dan meningkatkan aktiviti mikro dengan lebih baik dan sempurna.
Selamat Mencuba tip ini untuk anda yang ingin tanam rumput sendiri di halaman.
Artikel berikut: Wajib Kenal 7 Serangan Kulat Pada Rumput
Untuk Pembelian DUCAR 18″ Easy Start Grass Cut Lawn Mower 150cc Petrol Type KLIK DISINI