Jika di Malaysia, laman Instagram milik Nur Syamimi jadi perhatian kerana beliau menampilkan sisi kreatif menghias kediaman flat miliknya. Di Indonesia pula, nama Tiranissya sering dikaitakn sebagai content creator yang mengetengahkan inspirasi hiasan dekorasi rumah secara DIY dan pada harga yang mampu milik.
Berbekalkan kreativiti, idea untuk posting di laman Instagram milik influencer ini sememangnya menarik untuk diperkatakan. Sering berkongsi idea-idea menarik mengenai dekorasi kediaman di laman Instagram miliknya, segalanya bermula apabila dia menunjukkan minat untuk memberi nafas baharu terhadap kediaman yang disewanya itu.
Tidak hairanlah mengapa semakin ramai jumlah followers Tiranissya di laman Instagram miliknya kerana teruja dengan daya kreativiti wanita muda ini merealisasikan kediaman sewaannya untuk lebih selesa dan menarik untuk didiami.
Dalam sesi temubual dipetik dari Liputan6.com, Tiranissya berkata meskipun tinggal di rumah sewa, ia bukanlah bermakna ia tidak boleh kelihatan cantik dan selesa. Tetapi segalanya bergantung pada daya kreativiti untuk memastikan kediaman nampak selesa untuk didiami.
“Meskipun rumah sewaan bukanlah rumah sendiri, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah dengan meminta izin tuan rumah untuk melakukan kerja-kerja dekorasi kediaman tersebut,” ujar Tiranissya.
Segalanya bermula apabila seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19, ia menjadi titik permulaan untuk namanya mula dikenali sebagai Content Creator yang mengetengahkan kandungan mengenai dekorasi kediaman.
“Ketika itu, kebanyakan orang menghabiskan masa di rumah dan mula menitik beratkan soal dekorasi kediaman agar nampak lebih selesa. Jadi, sedikit sebanyak content yang saya ketengahkan di laman Instagram memberi idea kepada orang ramai menghias kediaman masing-masing,” sambungnya lagi.
Bermula hanya di laman Instagram, kini, content makeover Tiranissya boleh diikuti di Tiktok dan saluran YouTube. Sekaligus meletakkan Tiranissya sebagai seorang content creator yang diterima masyarakat di Indonesia di mana dia menjadikan gaya dekorasi yang minimalis dan DIY sebagai kandungan utama yang memberi inspirasi untuk menjadikan kediaman lebih menarik dan selesa!
Sumber: NONA (Rosmah Idayu)
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’