Pada Disember yang lalu , sempena perayaan Hari Natal, telah berlangsung majlis perasmian program kebajikan kerjasama Pusat Membeli belah IPC dan organisasi kebajikan HOPE Worldwide Malaysia. Hope Worldwide merupakan organisasi kebajikan yang telah bergiat cergas membantu masyarakat yang memerlukan selama lebih 21 tahun. Pada tahun ini, IPC telah mensasarkan pungutan derma daripada orang ramai barangan keperluan sekolah dan runcit yang bernilai RM100,000. Bagi merangsang kempen ini, IPC sendiri telah memulakan derma mereka dengan barangan keperluan bernilai RM50,000. 100 buah keluarga yang layak telah menerima produk keperluan harian dan sekolah sumbangan daripada pelbagai syarikat seperti Ikea, Groceries, Absolute Thai, Spotlight dan Popular. Program murni ini juga telah disampaikan oleh Bonsey Jaden sebagai rakan komunikasi kepada khalayak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!
Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden.
Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda.
Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design.
Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal.
Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.
Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.
Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.
Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.
Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkan pengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.
Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagai menghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?
Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Adakah Anda Yakin Udara Yang Dihirup Dalam Rumah Sudah Cukup Bersih?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Singapura Bakal Bina Bangunan Pencakar Langit Tertinggi
Negara Singapura dikhabarkan sedang merancang untuk membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi dinegaranya tidak lama lagi.
Menurut sumber Skyscrapers MY menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter memaklumkan bahawa syarikat gergasi internet dari China iaitu Alibaba akan membangunkan sebuah menara pencakar langit tertinggi di Singapura dengan ketinggian hanya 305 meter sahaja.
Ini kerana, maksimum ketinggian bangunan yang mahu dibina harus tidak boleh melebihi dengan ketinggian 290 meter seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara Singapura sebelum ini.
Maka, perancangan pembinaan menara pencakar langit ini harus melalui standard piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan serta kelulusan oleh pihak kerajaan Singapura.
Untuk maklumat anda, menara itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan akan menempatkan pejabat, kediaman, hotel dan pusat membeli-belah.
Sehingga kini, menara Guoco masih kekal dinobatkan sebagai menara pencakar langgit tertinggi di Singapura dengan ketinggian 283.7 meter selepas ia telah siap dibina sekitar pada tahun 2016.
Sumber: Twitter Skyscrapers MY
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Hampir 9 Tahun Dalam Pembinaan, Menara Merdeka 118 Kini Sudah Hampir Siap Sepenuhnya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petani Muda GAZA Usaha Tanam Sayur Atas Bumbung Untuk Jiran Kelaparan
Isi Kandungan
ToggleBerbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
Mesti Baca:Cara Mudah Tanam LOBAK MERAH Dalam Botol Air Pun Boleh Dapat Hasil!
Baca Lagi Di Sini:10 Pokok Sesuai Tanam Tempat Teduh & Sejuk, Tak Boleh ‘Direct’ Matahari!
Artikel Menarik:10 Tanaman Musim Panas, Kurangkan Risiko Tanaman Mati
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI