Beige….rona warm neutral yang semakin dilupakan. Pernah popular di pertengah era 90an dahulu yang mana ia dijadikan rona aliran semasa era tersebut. Bukan sahaja dalam dunia seni reka bentuk dalaman. Tetapi sehingga melibatkan dunia fesyen. Kini beige dilihat mula digemari kembali oleh peminat seni hias tempatan. Malah terdapat beberapa pengeluar perabot mula memperkenalkan kembali ilham rekaan perabot dengan rona beige.
Jika didalam bahasa kita, selalu disebut sebagai putih gading yang jarang menjadi pilihan pemilik kediaman. Mungkin kerana ia mempunyai rona cerah putih kekuningan. Manakala orang kita lebih gemarkan rona kayu asli sebagai latar perabot mereka. Hebatnya rona beige ini selain mengimbau kita akan kemegahan binaan ala kolonial dahulu, ia juga merupakan salah satu cara untuk kita menikmati perabot kayu di ruang terhad tanpa ada rasa sempit. Malah lebih elegan dan mahal nilai estetikanya.
Pereka gemar memilih rona seumpama ini apabila memilih konsep Amerika. Ia bagaikan satu identiti gaya Amerika kontemporari. Inspirasi panorama landskap pendalaman Amerika yang hebat memberi satu gaya hebat dan unggul. Apa yang lebih menarik, anda boleh memilih rona beige sedondon untuk seisi ruang jika kediamannya kecil. Cuma bezakan dengan tekstur pada fabrik , atau corak yang berbeza. Cuma jika anda bosan, sesekali boleh diganding dengan rona lain . Tidak kira pastel mahu pun rona kelam yang dramatik seperti hijau mahu pun merah hati. Jika mahu elemen glamor, gandingkan dengan rona emas atau perak.
Simple-simple je di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI