Laman

Pencegah Serangga Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid Dan Agas

Share

Racun Serangga Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’.

Tanaman sayur kebiasaan yang merosakkan adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.

Pelbagai ramuan baja organik yang pernah dipaparkan oleh laman impiana antaranya adalah seperti:

P/s: Klik pada tulisan berwarna biru untuk artikel lanjut
Racun pemusnah koloni semut dari ikan
5 racun serangga organik mudah 

Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.

Cara – cara:

1) Kupas sebiji oren. Jika tiada buah oren segar, anda boleh menggunakan 1 1/2 sudu kulit limau kering ( dried citrus) atau 1 sudu minyak limau ( orange oil ). Citrus atau limau berupaya untuk mencegah serangga- serangga yang berbadan lembut seperti siput, afid, agas dan ‘ mealy bug’. Citurs juga berkesan kepada semut dan juga lipas apabila disembur terus kepada serangga ini.

2) Masukkan kulit limau tersebut ke dalam bekas dan campurkan 2 cawan ( 500 ml) air panas ke dalam bekas tersebut. Biarkan larutan di kawasan yang hangat selama 24 jam.

3) Tapiskan air larutan tersebut. Asingkan air daripada pati oren. Air yang ditapis akan digunakan sebagai racun organik

4) Tambahkan beberapa titis sabun castile ( sabun berasaskan minyak ). Sabun castile berbau ‘peppermint ‘

dikenalpasti sebagai sabun yang effektif. Kacau campuran tersebut.

5) Tuangkan larutan tersebut ke dalam botol sprayer dan racun tersebut sedia untuk digunakan pada pokok untuk mencegah serangga – serangga berkulit lembut. Sembur juga larutan tersebut kepada lipas atau semut secara terus.

Sumber: Cilibangi UKM

Published by
Impiana