Serangga perosak tanaman sayur kebiasaanya adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.
Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 sudu kulit limau
2 cawan air panas
2-3 titis sabun castile (sabun berasaskan minyak)
CARA-CARA:
1. Campurkan kulit limau dan 2 cawan air paans ke dalam bekas kedap udara
2. Perap air rendaman kulit limau tadi selama 24 jam di kawasan yang mempunyai terik matahari
3. Setealh rendam 24 jam, tapiskan dan campur bersama beberapa titis sabun castile. Kalau tak ada, cecair pencuci pingganpun boleh
4. Masukkan dalam botol semburan dan sembur terus pada tanaman. Lebih berkesan jika disembur terus pada serangga perosak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Memang Berhantu Kedai Buku Tsutaya Ni
Apa yang ada di Tsutaya Books ni? Sampai orang sanggup beratur panjang. Ini buatkan IMPIANA pun sanggup beratur untuk lihat kedai buku terbesar di Asia Tenggara ni. Kedai buku dari negara Jepun ni memang membuatkan ramai terpedaya dengan buku yang ada di dalam katanya . Lebih dari 240,000 buah buku untuk ulat buku.
Keluasan 2,880 kaki persegi ini mampu menempatkan 1000 orang peminat buku dalam satu masa yang sama. Binaan kedai buku ini cukup menarik dengan elemen flora dalam kedai buku membuatkan suasananya rasa lebih tenang dan mendamaikan.
Jika melangkah masuk kedalam Tsutaya Books ini memang terasa macam berada di dalam cerita Jepun jika ada adegan di kedai buku.
Menariknya lagi kedai buku ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut kehendak masing-masing. Jika yang mempunyai anak kecil ada ruang khas untuk mereka membaca. Bagi yang sukakan seni ada pelbagai perkakas seni untuk mereka. Jika ada yang inginkan rasa santai yang lebih tatkala berada di dalam Tsutaya Books ini kafe yang di lengkapi dengan pemanis mulut yang lazat buatkan ramai akan menghabiskan masa di kafe ini.
Bagi ibu bapa yang membaca anak-anak boleh menunggu anaka-anak menghabiskan masa mereka dengan bahan bacaan pilihan di kafe ini.
Suasana tenang dengan dikelilingi pokok-pokok hijau buatkan ramai akan leka berada di dalam kedai buku ini.
Bukan ini sahaja yang buatkan ramai tergilakan tempat ini. Lihat rekaan siling yang dikemasi dengan cermin bagi memberi ilusi luas dalam kedai buku ini.
Susunan buku dari lantai ke siling buatkan ia memberi rasa yang lain dari kedai buku yang ada di Malaysia ini.
Lebih mendamaikan lagi bila anda didendangkan dengan muzik tenang, biasan lampu kuning buatkan lagi lama untuk berada di dalam Tsutaya Books ini.
Betu la kedai buku ni berhantu! Siapa tak percaya boleh la berkunjung ke Pavilion, Bukit Jalil. Untuk rasa kelainan dalam kedai buku sebelum ini.
Pastinya kedai buku ini akan menjadi tempat untuk anda luangkan masa selepas ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Boleh Tak Potong Dahan Dari Pokok Jiran Yang Masuk Rumah?
Isi Kandungan
TogglePokok jiran tumbuh masuk melepasi sempadan antara isu panas yang sering dialami bukan sahaja masyarakat di bandar, malah luar bandar juga. Perkara ini, adakalanya boleh menjadi penyebab atau punca perselisihan faham antara jiran.
Kebiasaanya, punca pergaduhan disebabkan pokok yang memasuki sepadan mengganggu pemandangan, daun nya yang kerap gugur dan pelbagai ancaman lain. Adakalanya, hal ini tak menjadi isu apa pun, cuma sering menjadi pertanyaa boleh tak kita ambil hasil dari pokok jiran yang memasuki sepadan rumah
UNDANG-UNDANG POKOK JIRAN
Bila dahan pokok jiran korang membesar dan masuk ke dalam kawasan korang, ia dikenali sebagai “overhanging branches”. Sebenarnya, kebanyakan negara di dunia ni ada undang-undang pasal overhanging branches. Di Australia contohnya, setiap negerinya ada undang-undang berbeza tentang isu ni. Di Malaysia pula, hal ni melibatkan undang-undang kacau ganggu persendirian (private nuisance). Ini kerana, dahan pokok yang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang tu dikira sebagai kacau ganggu.
Secara takrifnya, kacau ganggu adalah gangguan yang menyalahi undang-undang dengan penggunaan tanah. Terdapat tiga elemen kacau ganggu persendirian, yang mana semuanya kena dipenuhi – kalau korang nak jiran korang tu bertanggungjawab:
Plaintif (korang) pemilik tanah atau mempunyai hak untuk mendudukinya;
Defendan (jiran korang) sebenarnya dah bertindak dengan cara yang mengganggu kesenangan plaintif dan gunaan hartanah miliknya; dan
Gangguan defendan cukup ketara dan tak munasabah.
Jadi, dengan membiarkan pokok diorang membesar sampai masuk ke dalam kawasan korang, diorang mungkin bertanggungjawab terhadap ganggu kacau persendirian kalau dahan-dahan yang berlebihan tu memberi kesan terhadap suasana dan keadaan rumah korang. Kalau ia menimbulkan risiko keselamatan pula, ia menambahkan lagi memungkinkan untuk jiran korang bertanggungjawab.
Tapi macam mana pula kalau korang tak suka pokok tu tumbuh ke dalam kawasan korang sebab ia cuma menghodohkan dan merosakkan pemandangan dari rumah korang? Dalam hal ni, undang-undang mengatakan…
BUAH YANG TUMBUH MELEPASI SEPADAN ADALAH HAK ANDA
Jadi, walaupun korang tak saman jiran korang sebab buat kacau ganggu persendirian, korang masih boleh buat sesuatu pasal dahan-dahan tu atau buah-buah yang jatuh dalam kawasan korang.
Ada beberapa kes pasal hal ni di banyak negara dan cuba kita tengok yang paling dekat dulu. Pada pertengahan tahun 2016, Mahkamah Tinggi Singapura ada buat perbicaraan kes antara dua jiran. Seorang wanita ni dah biarkan pokoknya tumbuh sampai ke halaman jirannya dan dahan-dahan tu pula membahayakan jirannya, terutamanya sebab ada anak-anak kecil di rumah. Bila jirannya upah orang untuk potong pokok tu, wanita tadi halang jirannya dengan cabut kunci dari kren yang digunakan untuk memotong pokok tu.
Mahkamah lepas tu buat keputusan yang jirannya ada hak untuk tebang mana-mana dahan yang masuk dalam kawasannya dan wanita tadi bersalah sebab menghalang diorang dari berbuat demikian.
Ada satu lagi kes yang dah lama sangat berlaku iaitu pada tahun 1894. Kes ni dikenali sebagai Lemmon v Webb dan Mahkamah England memutuskan:
Seorang jiran boleh menebang dahan-dahan yang memasuki tanahnya tanpa memberi notis kepada pemilik pokok itu dengan syarat dia boleh melakukannya tanpa memasuki tanah orang lain.
Jadi, korang sebenarnya boleh je tebang mana-mana dahan atau ranting yang masuk kawasan korang (atau ambil buah-buah yang tumbuh dari dahan-dahan tu).
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trend Warana 2020 Mengikut Feng Shui
Setiap tahun, pengusaha cat pasti akan melancarkan skim warna pilihan mereka. Pemilihan warna yang menjadi trend mereka kebiasaanya bergantung kepada persekitaran dan nasihat dari pakar warna.
Namun, berbeza buat pemilik cat terulung AkzoNobel Malaysia. Untuk tahun 2020 selari Tahun Baru Cina yang bakal tiba, AkzoNobel bekerja sama dengan salah seorang pakar fungshui Malaysia iaitu Master Kenny Hoo.
Kerjasama ini bagi merai Tahun Tikus yang dikatakan mempunyai Feng Shui baik sama ada dalam bidang ekonomi, percintaan dan sebagainya. Setelah kajian dari AkzoNobel dan Master Feng Shui dilakukan, rona Tranquil Dawn dipilih menjadi “color of the year” untuk brand cat DULUX
Selain Tranquil Dawn, bersamanya terdapat beberapa palate warna lain yang menjadi padanan bagi memastikan ruang di dalam kediaman anda terzahir melalui 4 objektif yang telah ditetapkan “Care”, “Play”, “Meaning” and “Creativity”.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI