Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana warna kelopak bunga di dalam pasu bukan sahaja pucat malah pertumbuhan bunganya juga tidak selebat yang kita mahukan. Kadangkala terasa begitu menghairankan apabila melihat pokok-pokok bunga yang tumbuh di tepi jalan lebih memercik bunganya dan garang pula warnanya.

 

Apa kurangnya dengan teknik penjagaan kita? Baja dan siraman kerap diberi malah tidak pernah culas pada setiap minggu. Lebih menghairankan apabila bunga-bunga tersebut seolah-olah mengecut dan kecil pula saiznya. Bagaikan seorang anak kecil yang kurus dan tidak bermaya akibat kurang makanan seimbang dalam dietnya sehari-hari. Begitulah juga halnya dengan tanaman berbunga di dalam pasu.

 

Tanaman berpasu secara kasarnya bergantung 100% kepada pemiliknya dari segi menyalurkan sumber nutrien dan air. Dan sebagai tanaman berpasu, ia mempunyai indikasi tertentu sebagai penanda aras tanaman tersebut hidup dengan baik dan subur. Tumbuh-tumbuhan yang sihat

Ads

dikategorikan sebagai mempunyai saiz yang baik, pertumbuhan daun yang hijau dan sihat serta memiliki bunga yang kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, tumbuhan tersebut perlulah kelihatan menyerlah dan subur dari setiap aspek pertumbuhannya.  Kuat, kukuh pada batangnya, bunga bersaiz normal dan banyak.

Teknik Pembajaan Untuk Pokok Berbunga

Kebiasaannya terdapat pelbagai baja bunga yang dijual di pasaran sama ada dalam bentuk cecair ataupun atau pun baja butiran. Kebiasaannya baja ini memerlukan bahan asas utama NPK iaitu Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K). Dengan nisbah pembajaan adalah 2:1:1

Ads

Nitrogen: berfungsi untuk pertumbuhan daun

Fosforus : berfungsi untuk menguatkan batang tumbuhan

Ads

Kalium: berfungsi untuk pembungaan

Justeru, asas untuk mendapatkan pokok yang mampu berbunga dengan cantik, lebat dan menyerlah warnanya adalah dengan membekalkan sumber tanah yang sangat kaya dengan nutrien. Kandungan NPK untuk pokok berbunga ini mestilah sesuai dengan keperluannya. Andai anda ingin menambah baja organik sebagai tambahan untuk menggalakkan pertumbuhan bunga juga tidak ada masalah. Asalkan anda memenuhi keperluan nutrien asasnya dahulu. Tanah ini juga perlulah mempunyai rutin disiplin pembajaan yang ketat dan digembur secara tetap.

Rahsia Bunga Lebat dan Warna Menarik Untuk Pokok Dalam Pasu

Langkah demi langkah mendapatkan pokok berbunga cantik dan menyerlah warnanya

  1. Anda perlulah menggemburkan tanah sekerap yang mampu untuk memperbaiki aliran udara di dalam partikel tanah tersebut. Apabila ruang udara pada tanah sedikit poros maka ia memudahkan tumbuhan untuk menyerap baja yang anda letakkan di dalam pasu. Teknik mengembur adalah lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati kerana dikhuatiri anda merosakkan atau mencederakan root ball pokok tersebut.
  2. Lakukan pembajaan dengan meletakkan baja yang diperlukan oleh tumbuhan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh anda. Misalnya minggu pertama anda letakkan baja NPK padanya, minggu kedua anda tambah baja tambahan khas untuk menggalakkan pertumbuhan bunga, manakala minggu ketiga anda meletakkan racun makhluk perosak untuk melindungi pokok tersebut. Proses ini berulang dengan kuantiti dan tempoh masa yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung anda tidak memberi tekanan terhadap pokok tersebut untuk menerima semua unsur dalam satu masa. Elakkan dari pokok lemas dengan sumber nutrien yang terlalu berlebihan. (Baca label baca untuk mendapatkan panduan kuantiti baja pada pokok).
  3. Peletakan pasu bunga di kediaman anda adalah penting. Ini kerana matahari sangat diperlukan oleh tumbuhan berbunga bergantung pada spesiesnya. Ada pokok bunga yang gemar cahaya matahari terik secara langsung dan tempoh panjang iaitu bunga kertas. Manakala ada pokok berbunga yang perlukan cahaya matahari tetapi tidak secara langsung contohnya petunia.
  4. Siram tanaman dengan kuantiti yang tepat dengan pasu bersaliran baik. Ini kerana kebanyakan pokok berbunga begitu sensitif dengan akar yang terendam di dalam air yang akan menyebabkan ia mereput.
  5. Akhir sekali anda perlulah fahami bahawa bunga bukanlah seperti tumbuhan malar hijau yang tidak akan berubah dan kekal bentuk fizikalnya sepanjang tahun. Bunga mempunyai kitaran atau tempoh berbunga lebih kurang tiga hingga empat bulan dan kemudian akan layu dan gugur. Kitaran semula jadi ini bukanlah faktor untuk anda tidak mencintai pokok berbunga, apa yang penting adalah anda menikmati sepenuhnya keindahan bunga ini pada waktu ia mempamerkan dirinya. Segala penat jerih anda memanjakan dan membelai tumbuhan ini sehingga ia berbunga lebat adalah satu kepuasan yang tidak terhingga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI