Siapa je yang tak terpikat dengan kecantikkan bunga Orkid, lagi-lagi bila di tanam di laman.
Dek keindahannya juga, ramai yang cuba menanamnya di rumah. Cuma selepas berhabis wang membeli pokok ini, cara penjagaanya yang kurang sesuai menyebabkan pokok orkid ini rosak atau mati. Memang sayang.
Bagi yang cuba-cuba menanam orkid di rumah, ada beberapa pantang larang yang perlu diketahui.
Pantang larang tanam orkid
1. Kena letak tempat teduh
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Ads
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh seperti di bawah pohon atau di beranda rumah.
2. Siram berpada-pada
Antara kesilapan yang selalu dilakukan bila menanam orkid ialah melakukan siraman secara berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Keperluan cahaya kena jaga
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dilakukan jika menanam orkid. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Ads
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
4. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Ads
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Kena Panas Pagi & Rajin Letak Baja, POKOK PUDINA Meriah Subur Daun Lebar. Daun Pudina sering dijadikanatau lebih dikenali mint selalu dijadikan penambah aroma makanan mahupun minuman. Boleh dijadikan ulam atau diletakkan dalam teh panas.
Pokok Pudina juga salah satu tanaman yang paling senang tumbuh, boleh disemai menggunakan keratan batang sahaja. Namun pokok pudina juga paling senang mati jika salah cara penjagaannya. Rupanya pokok pudina kena letak di tempat yang kena cahaya matahari pagi dan rajin letak baja organik, barulah ia hidup subur merimbun lebar daunnya.
Boleh cuba cara yang diamalkan oleh Jue Jerryini sebagai panduan. Memang subur merimbun pokok pudina dan berdaun lebar.
Dekat rumah ni merata-rata ada pudina. Suka-suka cucuk ja lebihan batang lepas buat ulam tu kat pasu. Dia ni nak panas pagi full. Kalau rajin buh baja lagi sakan dia membiak. Saya ni kurang rajin buh baja,just siram air beras,air basuh ikan,udang,ikan bilis ja. Sesekali kalau rajin ja buh baja organik.
Info Ekstra!
Daun Pudina jenis senang nak hidup. Tak perlu ada akar, terus cucuk batang ke tanah.
Boleh guna tanah 3 in 1 beli di nursery.
Jika daun mula berwarna hitam, tandanya tak cukup air dan kena gembur tanah semula.
Pokok ni kena siram hari-hari dan letak baja baru hidup subur dan daun nya pun lebar.
IMPIANA: Jadi jika tanam pokok pudina selalu mati, cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan kena cahaya matahari pagi dan selalu letak baja, barulah pokok pudina subur merimbun dan lebar daunnya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.